Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Kompaun RM250 Jika Premis Tidak Pasang Jalur Gemilang, Ini Panduan Pemasangan Yang Betul

Oleh Cikgu Shaari • August 19, 2022 • 2 min baca

Kompaun RM250 Jika Premis Tidak Pasang Jalur Gemilang, Ini Panduan Pemasangan Yang Betul
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bendera adalah lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat, kekuasaan dan kedaulatan bagi sesebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap tanah air.  Sempena bulan kemerdekaan iaitu bulan Ogos setiap tahun, ayuh kita kibarkan jalur gemilang sebagai tanda kebanggaan!

Untuk makluman anda, Majlis Bandaraya Ipoh telah memaklumkan akan mengeluarkan kompaun kepada premis perniagaan di bandar raya ini jika gagal mematuhi arahan pemasangan dan mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengenaan kompaun premis dan panduan pemasangan Jalur Gemilang yang betul.

KOMPAUN PREMIS YANG GAGAL MEMASANG JALUR GEMILANG

Majlis Bandaraya Ipoh telah memaklumkan akan mengeluarkan kompaun kepada premis perniagaan di bandar raya ini jika gagal mematuhi arahan pemasangan dan mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini sebanyak:

  • Kadar kompaun: RM250

Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata kompaun tersebut dikeluarkan selaras Seksyen 107 (2) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

MBI akan melakukan pemantauan secara berkala ke premis-premis ini selalunya seminggu sebelum Hari Kebangsaan namun selama ini, pihak MBI mengamalkan sikap toleransi dengan memberi nasihat berbanding kompaun.

Kesedaran mengenai sambutan kemerdekaan amat penting dan perlu disemai bagi memupuk semangat cintakan negera serta menyuburkan rasa hormat antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang, agama dan kaum.

Sumber

PANDUAN PEMASANGAN JALUR GEMILANG

Jangan pasang sesuka hati! Pemasangan Jalur Gemilang hendaklah dipasang mengikut panduan yang betul. Rujuk panduan pemasangan Jalur Gemilang seperti yang dikongsikan oleh Jabatan Penerangan Malaysia di bawah:

Baca juga: Kenali Jalur Gemilang / Maksud Bendera Malaysia

Hargailah Bendera Malaysia kerana ia melambang sesebuah negara yang merdeka, untuk mencapai perjuangan merdeka bukanlah mudah, jadi jangan musnahkan kemerdekaan yang kita kecapi hari ini.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.