Cara Bawa Haiwan Dari Zoo Ke Dalam Rumah Guna Google View In 3D, Nampak Real!

Memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlanjutan sehingga 14 April ini, pasti ramai yang sudah buntu memikirkan aktiviti apa lagi yang boleh dilakukan bersama anak-anak di rumah dalam tempoh yang lama. Nak keluar rumah tidak boleh. Semua benda kena lakukan di dalam rumah sahaja.

Pasti ibu bapa sudah kekeringan idea untuk menghiburkan anak-anak di rumah kan? Jadi, ibu ini berkongsikan salah satu aktiviti iaitu membawa haiwan-haiwan dalam zoo secara virtual di rumah. Memang seronok anak-anak seolah-olah berada dekat dengan haiwan tersebut.

Berikut adalah cara untuk membawa haiwan zoo ke dalam rumah anda.

CARA BAWA HAIWAN ZOO KE DALAM RUMAH

1. Search Saja Nama Haiwan Di Google

Anda hanya perlu search nama haiwan yang anda ingin lihat secara real di google. Berikut adalah senarai nama haiwan yang anda boleh cari untuk lihatnya di depan mata:

  • Lion
  • Tiger
  • Cheetah
  • Shark
  • Hedgehog
  • Duck
  • Emperor penguin
  • Wolf
  • Angler fish
  • Goat
  • Rottweiler
  • Snakes
  • Eagle
  • Brown bear
  • Alligator
  • Horse
  • Shetland pony
  • Macaw
  • Pug
  • Turtle
  • Cat
  • Octopus
  • Dog

2. Tekan Butang View In 3D

Selepas anda search nama haiwan yang anda ingini, tekan pada ”View in 3D” seperti berikut.

3. Tekan View In Your Space

Kemudian selepas keluar begini, tekan pada ”View in your space”

Lepas klik, haiwan tersebut terus muncul di dalam telefon anda seperti sangat real. Tetapi ada telefon yang kena install apps dulu untuk buat 3D. Kebanyakan telefon tidak perlu install.

Cara Bawa Haiwan Dari Zoo Ke Dalam Rumah Guna Google, Nampak Real! Cara Bawa Haiwan Dari Zoo Ke Dalam Rumah Guna Google, Nampak Real! Cara Bawa Haiwan Dari Zoo Ke Dalam Rumah Guna Google, Nampak Real!

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda meluangkan masa bersama anak anda. Selamat mencuba!

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma