Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Cara Mohon Jawatan MySTEP Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melalui Email

Oleh Cikgu Shaari • August 17, 2022 • 2 min baca

Cara Mohon Jawatan MySTEP Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melalui Email
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Anda graduan lepasan Diploma atau Ijazah yang sedang mencari kerja? Jom bina kerjaya dengan peluang penempatan MySTEP yang dibuka oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) tahun 2022 ini! Calon yang layak mendapat penempatan akan berkhidmat secara kontrak dalam tempoh ditetapkan.

Jika anda berminat untuk berkhidmat dengan KDN dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, pastikan anda hantar permohonan melalui email sebelum tarikh tutup permohonan. Calon yang berjaya mendapat penempatan akan berkhidmat di Bahagian Khidmat Pengurusan dan Aset, KDN.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Kementerian Dalam Negeri (KDN)
  • Nama jawatan: Personal MySTEP JA29
  • Pendidikan: Minima Diploma
  • Penempatan: Putrajaya, Kompleks D, Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Aset, KDN
  • Tarikh tutup permohonan: 22 Ogos 2022

SYARAT KELAYAKAN

Calon bagi lantikan mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Kelayakan minima Diploma Kejuruteraan
  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dalam lingkungan umur 18 hingga 30 tahun
  • Fasih bertutur dalam Bahasa Melayu
  • Berkebolehan mengendalikan asas Microsoft (Word, Excel, Powerpoint) dan tugasan asas pejabat dengan baik
  • Telah mendapatkan 2 dos vaksinasi yang lengkap
  • Keutamaan diberikan kepada lulusan Kejuruteraan Mekanikal, Elektrikal, Ukur Bahan

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan sebelum 22 Ogos 2022. Permohonan boleh dibuat dengan kemukakan dokumen berikut:

  • Resume lengkap bergambar
  • Sijil akademik berkaitan
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan sijil digital vaksinasi

Kemukakan dokumen ke alamat emel berikut:

  • kdn_upf@moha .gov.my

Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.