Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Jadual Baharu Waktu Operasi Pejabat Pengeluar Pasport Seluruh Malaysia Mulai 15 Ogos

Oleh Cikgu Shaari • August 12, 2022 • 2 min baca

Jadual Baharu Waktu Operasi Pejabat Pengeluar Pasport Seluruh Malaysia Mulai 15 Ogos
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Selepas ini orang ramai yang nak berurusan di Pejabat Pengeluar Pasport Imigresen Malaysia tidak perlu bergegas mengejar waktu pejabat untuk berurusan! Jabatan Imigresen Malaysia telah memaklumkan bahawa waktu operasi bagi Pejabat Pengeluar Pasport negeri dan cawangan dipanjangkan mulai 11 Mei 2022.

Mulai 11 Mei 2022 juga, Sistem Temujanji Online (STO) telah dimansuhkan. Orang ramai yang hendak berurusan di Jabatan Imigresen Malaysia boleh terus walk in tanpa perlu buat sebarang temujanji online. Jabatan Imigresen Malaysia telah memaklumkan perubahan jadual waktu operasi Pejabat Pengeluar Pasport Malaysia mulai 15 Ogos 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak jadual baharu waktu operasi Pejabat Pengeluar Pasport seperti yang dimaklumkan.

PERUBAHAN WAKTU OPERASI PEJABAT PENGELUAR PASPORT MALAYSIA

Permohonan PMA yang semakin berkurangan pada sesi malam, waktu operasi baharu bagi pejabat pengeluar PMA dan UTC di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa 15 Ogos 2022 adalah seperti berikut:

Pejabat Pasport Negeri dan Cawangan

  • Semua Negeri & Cawangan
    – Hari bekerja: 8 pagi hingga 7 petang
    – Sabtu: 8 pagi hingga 12.30 tengah hari
  • Perlis, Pahang, Terengganu Dan Kedah
    – Hari Bekerja: 8 pagi hingga 5 petang

Pejabat UTC

  • UTC Di Semua Negeri
    – Hari Bekerja: 8 pagi hingga 9 malam
    – Hujung Minggu: 8 pagi hingga 5 petang
  • UTC Negeri Perlis, Pahang, Terengganu Dan Kedah
    – Hari Bekerja & Hujung Minggu: 8 pagi hingga 5 petang

MYONLINE PASPORT

Orang ramai yang nak perbaharuai pasport yang tamat tempoh boleh buat secara atas talian melalui laman MyOnline Pasport.

Rujuk: Cara Renew Passport Secara Online Melalui MyOnline Passport Tanpa Ke Kaunter

MyONLINE PASPORT adalah satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet. Permohonan atas talian boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).

Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar pasport yang disenaraikan dalam sistem. Tarikh dan masa pengambilan pasport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.