Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Contoh Ayat Mohon Kerja & Hantar Resume Melalui WhatsApp

Oleh Cikgu Shaari • August 14, 2024 • 2 min baca

Contoh Ayat Mohon Kerja & Hantar Resume Melalui WhatsApp
Visual Archive // 2024
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Anda betul-betul berminat dengan sesuatu jawatan yang diiklankan di media sosial atau mana-mana platform, namun ada sebarang pertanyaan berkenaan jawatan tersebut? Biasanya iklan jawatan kosong akan sediakan nombor telefon untuk dihubungi untuk sebarang pertanyaan. Nak tanya soalan melalui Whatsapp atau telefon, pastikan anda ikut etika yang betul!

Bukan sahaja nak tanya soalan, bagi yang nak mohon kerja melalui Whatsapp atau telefon pun perlu beradap bagi memberi tanggapan pertama yang bagus daripada pihak syarikat terhadap anda.

Ikuti perkongsian di bawah untuk dapatkan contoh ayat yang betul mohon kerja melalu whatsapp yang anda boleh jadikan rujukan.

PANDUAN TANYA MAKLUMAT JAWATAN KOSONG

Bagi mendapatkan maklumat sesuatu jawatan kosong melalui Whatsapp, anda mestilah mematuhi beberapa etika berikut supaya nampak profesional dan betul-betul berminat dengan jawatan yang ditawarkan:

  • Baca iklan dengan jelas sebelum bertanya atau memohon jawatan
  • Gunakan gambar profile yang jelas dan meyakinkan
  • Hantar whatsapp pada waktu dan hari bekerja sahaja
  • Beri salam terlebih dahulu & perkenalkan diri
  • Gunakan panggilan nama yang betul
  • Jangan gunakan singkatan perkataan
  • Attach resume melalui whatsapp dalam bentuk PDF

Rujuk: Cara Yang Betul Tanya Maklumat Jawatan Kosong Melalui Whatsapp Atau Telefon

CONTOH AYAT MOHON KERJA MELALUI WHATSAPP

Berikut adalah contoh ayat yang anda boleh jadikan rujukan sekiranya ingin mohon kerja melalui WhatsApp:

Permohonan Jawatan Kosong Sebagai _________.

Attn: Human Resources Department

Salam Sejahtera,
Merujuk perkara di atas, saya Nurin Nabilah Binti Ahmad ingin memohon pekerjaan di syarikat tuan/puan sebagai _______ seperti yang diiklankan.

Di sini saya kepilkan bersama resume yang mengandungi maklumat diri saya. Saya sangat menghargai masa tuan/puan untuk menyemak resume saya dan mempertimbangkan bagi sesi temuduga.

Berikut adalah contoh gambaran mohon kerja melalui WhatsApp:

Sumber

Tak perlu panjang-panjang pun kerana mereka tidak berminat untuk baca WhatsApp yang panjang. Apa yang penting adalah resume mestilah lengkap!

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda membuka mata tentang cara dan adab yang betul dalam memohon atau mendapatkan maklumat jawatan yang hendak dimohon melalui WhatsApp atau telefon. Ingat, tanggapan pertama bakal majikan kepada anda adalah penting untuk anda diambil kerja!

Jika tanggapan pertama terhadap anda pun sudah teruk, bagaimana mereka nak ambil anda bekerja kan?

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.