Pengambilan Management Trainee Yayasan Peneraju Terbuka Buat Graduan

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) yang memberi tumpuan kepada pengukuhan pembinaan keupayaan ke arah bakat Bumiputera yang mampan.

Kini, Yayasan Peneraju sedang membuka pengambilan Pelatih Pengurusan atau Management Trainee buat graduan di Malaysia yang berkelayakan dan miliki sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang berkaitan. Bagi yang berminat untuk mohon pengambilan Management Trainee, anda boleh buat permohonan melalui email dan ikuti latihan selama 6 bulan dengan Yayasan Peneraju.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengambilan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera
  • Nama jawatan: Management Trainee
  • Tempoh latihan: 6 bulan
  • Tarikh tutup permohonan: 20 Ogos 2022

SKOP TUGAS

Calon yang berjaya mendapat penempatan akan melaksanakan tugas pentadbiran termasuk:

  • Sokongan di tapak untuk acara/ roadshow berkaitan syarikat dan sebagainya
  • Fungsi penciptaan kandungan untuk penglibatan media sosial
  • Jurugambar/ juruvideo menggunakan kamera DSLR dan/ atau telefon pintar
  • Kekalkan arkib foto dan video Yayasan Peneraju
  • Selesaikan sebarang tugasan lain apabila diperlukan

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada individu yang berkelayakan seperti berikut:

  • Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam Komunikasi atau Pemasaran atau setaraf dengannya
  • Bahasa yang diperlukan: Penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang kuat termasuk penulisan dan pertuturan
  • Celik media sosial
  • Mampu mengendalikan fungsi asas kamera DSLR
  • Cekap dalam menggunakan alat reka bentuk dan penyuntingan video (iaitu Adobe Photoshop, Illustrator dan lain-lain)

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh mohon melalui email sehingga 20 Ogos 2022. Permohonan melalui email mestilah dihantar bersama:

  • Cover letter
  • Resume

Hantarkan permohonan yang lengkap bersama dokumen tersebut ke alamat berikut:

  • careers@yayasanpeneraju.com.my

Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Calon yang tidak menerima sebarang maklum balas dianggap tidak berjaya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan jawatan ditawarkan, anda boleh terus ke laman web www.yayasanpeneraju.com.my atau hubungi talian am 03 2727 9000 untuk sebarang pertanyaan.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma