Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) • Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •

Mohon Bantuan Awal Pelajar IPT & Terima Zakat Pengajian MUIP Sehingga RM5,000

Oleh Cikgu Shaari • July 22, 2022 • 2 min baca

Mohon Bantuan Awal Pelajar IPT & Terima Zakat Pengajian MUIP Sehingga RM5,000
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang mempelawa pelajar yang dapat tawaran kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi pelbagai peringkat pengajian mohon Bantuan Awal Pelajar IPT yang ditawarkan. Permohonan zakat pengajian MUIP sekarang boleh dibuat dengan mudah melalui Zakat4Pengajian.

Zakat4Pengajian adalah merupakan satu inisiatif bagi memudahkan umat Islam negeri Pahang untuk memohon bantuan zakat dari Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang secara atas talian (On-Line). Zakat4Pengajian ini dapat menyediakan pelbagai jenis bentuk bantuan zakat untuk dimohon oleh pengguna serta lebih mudah untuk menyemak status permohonan yang dihantar.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Bantuan Awal IPT yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan zakat pengajian yang ditawarkan adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut:

  • Sijil Asasi/ Matrikulasi (Sepenuh masa): RM500
  • Diploma (Sepenuh masa): RM700
  • Ijazah Sarjana Muda (Sepenuh masa): RM1,200
  • Ijazah Sarjana Muda (PJJ): RM1,500
  • Ijazah Sarjana (Master): RM1,500
  • PHD (Selain pengajian Islam): RM3,000
  • PHD (Pengajian Islam): RM5,000

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Beragama Islam
  • Pemohon adalah Pemastautin Negeri Pahang
  • Permohonan dibuat setelah mendapat tawaran pengajian daripada IPT
  • Bagi setiap peringkat pengajian permohonan adalah layak hanya sekali sahaja dalam tempoh pengajian
  • Perlu mengemukakan slip bayaran pendaftaran/ sebarang bukti pendaftaran ke IPT

CARA MOHON

Sekiranya anda bakal melanjutkan pengajian dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan bantuan pengajian sekarang secara online melalui Zakat4Pengajian melalui pautan berikut:

Berikut adalah proses permohonan dan semakan bantuan:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan bantuan zakat ditawarkan, anda boleh hubungi talian 09 422 1311/ 011 3016 3882 atau email ke alamat info@muip.gov.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.