Penyertaan Program Walimatulurus Perdana Terbuka Buat Bakal Pengantin, Terima Paket Set Perkahwinan
Rakyat Negeri Terengganu yang berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan dipelawa untuk mohon penyertaan Program WalimatulUrus Perdana anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Pelbagai faedah kepada peserta yang berkelayakan bagi memudahkan urusan pelangsungan perkahwinan pasangan.
Kepada rakyat Negeri Terengganu yang berminat untuk menyertai program Walimatulurus Perdana 2022 secara beramai-ramai yang dltanggung oleh Kerajaan Negeri, boleh memuat turun borang permohonan di laman sesawang Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program perkahwinan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
FAEDAH PESERTA
Antara faedah yang disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada peserta Program WalimatulUrus Perdana adalah:
- 1 set persalinan pakaian semasa akad nikah (lelaki & Perempuan)
- Bayaran komitmen sebanyak RM 1,000.00 dikembalikan kepada setiap pasangan.
- Khidmat jurunikah dan dokumen nikah disediakan.
- Pakej Set Perkahwinan (Pelamin, andaman, kad jemputan kahwin dan khidmat jurugambar).
- Jemputan jamuan khas pengantin bersama keluarga terdekat.
- Cenderahati untuk tetamu yang hadir.
- Pakej bulan madu.
- Mengikuti kursus-kursus yang berkaitan secara percuma kendalian YPKT.
- Insentif sebanyak RM 1,000.00 kepada ibu atau bapa tunggal.
- Peserta ditawarkan Skim Pinjaman Modal Perniagaan di bawah Skim Pinjaman Jaya Diri (PJD) dengan kadar pinjaman sehingga Rm 20,000.00 kepada yang berminat dan layak.
KRITERIA PEMILIHAN
Hanya pemohon yang memenuhi kriteria berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Pemohon/Pasangan salah seorang daripadanya adalah rakyat Negeri Terengganu.(Pemastautin tetap melebihi 10 tahun, hendaklah mendapatkan pengesahan mastautin daripada wakil rakyat/Penghulu/Ketua Kampung).
- Pemohon dan pasangan berumur 18 tahun dan keatas.
- Pemohon bagi kategori Ibu Tunggal/ Bapa Tunggal yang pernah menerima insentif perkahwinan sebelum ini TIDAK LAYAK untuk memohon bagi Tahun 2022.
- Tiada rekod jenayah, tiada masalah kesihatan seperti HIV, AIDS atau penyakit kelamin dan sebarang penyakit yang boleh mendatangkan masalah kepada pasangan.
- Pendapatan pemohon bersama pasangan adalah RM3,800.00 ke bawah.
- Pendapatan ibubapa pemohon dan pasangan adalah RM5,000.00 ke bawah.
- Mendapat restu kedua-dua ibubapa.
- Lulus kursus Pra-Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI) kendalian Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) atau agensi yang diiktiraf oleh Kerajaan (dikecualikan bagi calon ibu tunggal yang berumur 40 tahun ke atas dan bapa tunggal berumur 45 tahun ke atas)
- Bersetuju untuk menyertai Majlis Akad Nikah Dan Majlis Resepsi pada 10 SEPTEMBER 2022.
- Permohonan yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga pemilihan pada 21 OGOS 2022.
- Keputusan pemilihan tertakluk kepada Panel Jawatankuasa Pemilih yang dilantik dan keputusan adalah muktamad.
- Sekiranya tuan/puan tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh tutup penyertaan, maka permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya.
TARIKH PENTING PERMOHONAN & MAJLIS
Berikut adalah tarikh-tarikh penting permohonan, pemilihan dan majlis resepsi:
- Tarikh tutup permohonan: 15 Ogos 2022
- Tarikh Sesi temuduga pemilihan: 21 Ogos 2022
- Tarikh Majlis Akad Nikah dan Majlis Resepsi: 10 September 2022
CARA MOHON PENYERTAAN
Sekiranya anda berminat untuk mohon penyertaan Program WalimatulUrus Perdana dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan mengisi BORANG NIKAH KAHWIN (JHEAT) dengan lengkap dan hantar ke Ibu Pejabat YPKT & Pejabat YPK Kawasan.
Download borang permohonan di bawah:
BORANG PERMOHONAN NIKAH KAHWIN (JHEAT)
Borang permohonan yang lengkap diisi mestilah dihantar bersama salinan dokumen yang telah disahkan berikut:
- Kad Pengenalan pemohon, pasangan dan ibubapa/penjaga masing-masing
- Slip Pendapatan pemohon, pasangan dan ibubapa/penjaga masing-masing
- Sijil Pra-Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI)
- Surat Pengesahan Pemastautin Tetap (jika perlu, bagi bukan rakyat negeri Terengganu)
- Salinan Surat Perakuan Cerai Pemohon & Pasangan (Jika berkaitan)
- Salinan Perakuan Kematian Pasangan (Jika berkaitan)
Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan program yang ditawarkan, anda boleh rujuk di laman web Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (https://www.ypkt.gov.my/)