Program Anak Johor Mahir: Tawaran Pelbagai Program Percuma Untuk Kebolehpasaran Belia

Anak Johor yang berminat nak bina kemahiran baharu untuk meningkatkan kebolehpasaran kerja dipelawa untuk ikuti Program Anak Johor Mahir anjuran Johor Skills Development Centre dengan kerjasama PERKESO. Tawaran adalah dibuka bagi pelbagai program mahir yang ditawarkan bagi pengambilan Ogos 2022.

Sekiranya anda merupakan lepasan sekolah atau graduan yang berminat dengan program yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan secara atas talian di pautan yang disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Program Anak Johor Mahir
  • Anjuran: Johor Skills Development Centre dengan kerjasama PERKESO
  • Lokasi program: Johor Skills Development Centre, Pasir Gudang, Johor
  • Ambilan: Ogos 2022

SENARAI PROGRAM

Berikut adalah senarai program yang ditawarkan:

  • Industrian maintenance supervision (17 hari)
  • Industrian Automation System & Maintenance (15 hari)
  • Single Phase Electrical Installation And Maintenance (17 hari)
  • Conventional Precision Machining Technology ( 1 bulan)
  • (CNC) Precision Machining Technology (1 bulan)
  • Appreciation of NDT & Welding Inspector (1 bulan)

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Anak Johor (01 & 23) atau telah bermastautin minimum 5 tahun ke atas
  • Lepasan SPM/ STPM/ Diploma/ Ijazah
  • Berumur 18 tahun ke atas

CARA DAFTAR PROGRAM

Sekiranya anda berminat dengan program yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat pendaftaran program dengan mengisi borang permohonan online di pautan berikut:

Untuk maklumat lebih lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan program ditawarkan, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian berikut:

  • Pn Layla: 011 35413669
  • Pn Siti: 010 7690590
  • Pn Deeja: 017 7546256
  • Pn Fareez: 017 9811607

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma