Perbezaan Tahap Kesukaran Soalan Temuduga Kerajaan Mengikut Taraf Gred Jawatan 11, 19, 29 dan 41 Mengikut Pakar
Adakah anda tahu yang tahap kesukaran soalan temuduga kerajaan adalah berbeza mengikut gred jawatan?.
Dah tentu info ini jarang didedahkan oleh panel temuduga bukan? Baik tidak mengapa jika anda belum tahu. Jom admin huraikan untuk kefahaman anda. Semoga info ini sedikit sebanyak membantu proses temuduga anda nanti.
Semakin tinggi gred jawatan tersebut, semakin mencabar lah soalan yang akan ditanya. Tetapi jika calon sudah mempersiapkan diri lebih awal sebelum temuduga dan mempunyai pengetahuan yang cukup sebenarnya tidak menjadi masalah pun!
Pastikan anda ambil tahu bentuk soalan yang akan ditanya dalam temuduga kerajaan nanti mengikut gred jawatan yang dimohon. Banyak juga sebenarnya perbezaannya, namun kunci untuk berjaya adalah bersedia.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui perbezaan bentuk soalan temuduga kerajaan mengikut gred jawatan.
Isi Kandungan
PERBEZAAN BENTUK SOALAN TEMUDUGA SPA MENGIKUT GRED
Berikut adalah beberapa perbezaan kriteria atau bentuk soalan temuduga kerajaan mengikut gred jawatan:
Gred 11 & Gred 19
Kelayakan bagi jawatan gred 11 adalah PMR/ PT3 dan setaraf manakala kelayakan bagi gred 19 adalah SPM dan setaraf. Untuk soalan temuduga bagi gred jawatan ini adalah lebih mudah berbanding daripada gred 29 & 41.
Apa yang membezakan soalan temuduga bagi gred ini dengan gred yang lebih tinggi adalah:
- Soalan lebih mudah
- Lebih banyak soalan berkaitan jawatan (contohnya deskripsi tugas)
- Penemuduga akan banyak tanya tentang diri calon untuk lihat keyakinan diri calon ketika temuduga
- Penemuduga akan uji tahap kemampuan calon bekerja dalam bidang jawatan dimohon
- Soalan pengetahuan am yang lebih mudah (contohnya Nama Agong, rukun negara dan lain-lain)
Rujuk: “Mengapa Anda Berminat Dengan Kerja Kerajaan?”. Ini Contoh Jawapan Terbaik Untuk Soalan Temuduga Ini
Gred 29 & Gred 41
Kelayakan bagi jawatan gred 29 adalah STPM/ Diploma dan setaraf manakala kelayakan bagi gred 41 adalah Ijazah Sarjana Muda dan setaraf.
Tahap kesukaran soalan temuduga bagi gred jawatan ini adalah lebih sukar berbanding daripada gred 11 & 19. Apa yang membezakan soalan temuduga bagi gred ini dengan gred yang lebih rendah adalah:
- Soalan akan menjadi lebih mencabar berbanding gred 11 & gred 19
- Soalan situasi adalah antara soalan yang sangat famous (contohnya cara atasai pekerja bawahan yang datang lewat dan sebagainya)
- Soalan pengetahuan am tentang jabatan (orang-orang penting jabatan)
- Penemuduga akan uji tahap kemampuan calon uruskan sesuatu situasi (contohnya pekerja langgar peraturan kerja dan sebagainya)
- Soalan pengetahuan am yang lebih sukar (contohnya soalan berkaitan negara, belanjawan dan lain-lain)
Berikut antara beberapa soalan temuduga yang selalu ditanya untuk jawatan gred 29 dan 41.
- Apakah kekuatan anda?
- Bagaimana pendidikan anda memberi persiapan untuk kerjaya anda? (19% ditanya kepada calon wanita berbanding 18% ditanya kepada calon lelaki)
- Kenapa anda rasa anda layak bekerja di syarikat ini? (40% ditanya kepada calon wanita berbanding 34% ditanya kepada calon lelaki) – Untuk jawapan terbaik, baca DI SINI
Rujuk: 99+ Soalan Temuduga SPA Kerajaan & Swasta Paling Popular
Perbezaan-perbezaan yang dinyatakan di atas adalah sebagai rujukan secara kasar sahaja ya berdasarkan hasil tinjauan contoh-contoh soalan jawatan mengikut gred sebelum ini.
Calon diingatkan untuk tidak mengambil mudah dengan soalan temuduga kerajaan yang bakal dilalui tidak kira gred jawatan rendah atau tinggi.
Pastikan anda sentiasa persiapkan diri dengan pengetahuan yang padat terutamanya tentang jawatan yang dimohon.
Semoga bermanfaat!