Harga Terkini Renew Passport Malaysia Buat Semua Kategori
Pasti ramai yang terpendam hasrat nak melancong ke luar negara kan? Dah lama sangat tak pergi keluar negara sampai passport pun tamat tempoh! Bagi yang nak pergi ke luar negara pada tahun 2022, anda boleh semak senarai cuti umum dan cuti sekolah sepanjang tahun 2022.
Bagi yang nak perbaharui atau renew passport, anda dah boleh semak harga terkini renew passport. Pembeharuan passport kini boleh buat secara atas talian dengan mudah ya!
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak senarai harga renew passport Malaysia yang terkini dan panduan buat pembaharuan passport secara online.
Isi Kandungan
KEMUDAHAN MYONLINE PASSPORT
MyONLINE* PASPORT adalah satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet. Permohonan atas talian boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).
Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem. Tarikh dan masa pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.
HARGA RENEW PASSPORT MALAYSIA TERKINI
Berikut adalah harga terkini renew atau perbaharui passport Malaysia:
- Permohonan biasa 13 tahun ke 59 tahun: RM200
- Warga emas (60 tahun ke atas): RM100
- Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah): RM100
- Pelajar mengikuti Program Ijazah di luar negara di bawah 21 tahun: RM100
- Jemaah haji: RM100
- Orang Kurang Upaya (OKU): Percuma
TERMA & SYARAT
Semak terma dan syarat yang dinyatakan berikut:
- Pemohon mesti berumur 13 tahun keatas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip).
- Pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem.
- Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun: Hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian. Penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, pasport tersebut tidak akan diserahkan.
- Pemohon mesti memuatnaik gambar/foto bersaiz pasport yang terbaharu
- Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit terus (FPX).
- Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.
- Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan pasport tidak akan diserah.
- Pasport pembaharuan di dalam keadaan biasa sahaja.
- Buku Pasport mestilah didalam keadaan baik (tidak rosak ,berconteng, terkena air).
- Pemohon yang pasportnya hilang atau rosak tidak dibenarkan membuat permohonan secara atas talian.
- Seseorang warganegara yang berada secara tidak sah atau melanggar undang-undang diluar Negara adalah tidak layak untuk membuat permohonan pasport secara atas talian.
Rujuk panduan lengkap buat pembaharuan passport secara atas talian di pautan berikut: