BKM Fasa 3 Atau 4 Mungkin Ditambah? Ini Penjelasan Perdana Menteri
Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan berita baik buat Keluarga Malaysia, iaitu bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 melibatkan pemberian RM100 kepada golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang. Bantuan tunai tambahan ini dikatakan melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM630 juta.
Untuk makluman anda, pengumuman bantuan tunai tambahan ini adalah tambahan kepada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan sebelum ini. Penerima BKM telah menerima tambahan bantuan ini sekali dengan bayaran Fasa 2. Mungkinkan ada penambahan bantuan tunai melalui BKM Fasa 3 dan 4?
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui penjelasan Perdana Menteri berkenaan kemungkinan penambahan BKM Fasa 3 dan 4.
Isi Kandungan
KEMUNGKINAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN MELALUI BKM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan kerajaan tidak menolak untuk menyediakan bantuan tunai tambahan melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM):
- jika kenaikan harga barangan terus berlaku
Penambahan bantuan tunai ini adalah dengan matlamat untuk:
- Ia bagi membantu meringankan beban golongan B40 yang terus terkesan dengan kos sara hidup jika harga barang terus meningkat.
Ismail Sabri berkata, ketika ini isi rumah golongan B40 menerima manfaat bantuan bernilai RM2,600 secara berperingkat.
Dengan penambahan RM500 mereka menerima RM2,600 setahun (termasuk penambahan RM100 baru-baru ini). Dahulu tidak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan beri lebih dari RM2,000.
“Sekiranya kes kenaikan harga barang dan kos sara hidup belum selesai, mungkin kita akan tambah lagi BKM Fasa 3 atau 4.” – Perdana Menteri
Rujuk: Bantuan Keluarga Malaysia: Jadual Bayaran BKM Setiap Fasa (Dibayar 4 Kali Setahun)
PEMBERIAN TUNAI TAMBAHAN MENERUSI BKM
Untuk rekod, kerajaan mengumumkan pemberian tunai tambahan menerusi BKM kepada B40 yang terkesan dengan kos sara hidup yang memanfaatkan seramai 8.6 juta penerima dengan isi rumah menerima sehingga RM2,500 pada tahun ini.
Kemudian kerajaan mengambil keputusan menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang.
Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri berkata, rakyat tidak akan diminta mengikat perut dalam menghadapi isu kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup ketika ini.
TIADA SUBSIDI BARANGAN DITAMATKAN
Ismail Sabri berkata, kerajaan juga menyedari kenaikan beberapa harga barang dan beliau turut membuat tinjauan rambang ke premis perniagaan untuk melihat sendiri harga barangan yang dijual.
Menurutnya, kerajaan masih mengekalkan subsidi barangan asas termasuk petrol dan diesel bagi memastikan rakyat tidak terbeban.
Bagaimanapun dalam menangani kos sara hidup kerajaan memperuntukkan subsidi lebih RM70 billion untuk barangan asas dan tiada subsidi yang ditamatkan.
Pelbagai usaha juga sedang dilakukan untuk jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang bagi mengatasi masalah itu termasuk menubuhkan beberapa jawatankuasa.