Semakan Kelayakan Menduduki Ujian Aptitud Bagi Jurusan Profesional Perakaunan Matrikulasi
Penubuhan Program Matrikulasi KPM bermula hasil daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Mac 1999 sebagai persediaan pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di universiti awam (UA) dalam bidang sains, teknologi dan profesional.
Mulai sesi 2003/2004, 10 peratus daripada keseluruhan pelajar Program Matrikulasi KPM ditawarkan kepada pelajar bukan bumiputera. Program ini menawarkan pendidikan yang menyeluruh merangkumi bidang akademik dan pembangunan kemahiran insaniah.
Bagi kemasukan calon lepasan SPM 2022, calon yang telah memohon Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) Program Matrikulasi KPM boleh membuat semakan panggilan kelayakan menduduki Ujian Aptitud di laman web yang disediakan.
Isi Kandungan
PEMILIHAN PELAJAR JPPRO
Pemilihan pelajar Jurusan Perakaunan Profesional dibuat berdasarkan:
- Kelulusan syarat kemasukan Program Matrikulasi KPM
- Pengiraan merit mengambil kira 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum
- Lulus ujian aptitud dan temuduga secara dalam talian
- Hanya ditawarkan kepada pelajar Bumiputera
TARIKH SEMAKAN KELAYAKAN UJIAN APTITUD JPPRO
Semakan kelayakan menduduki ujian Aptitud bagi Program JPPro boleh dibuat pada:
- Mulai 29 Jun 2022 jam 4 petang
CARA BUAT SEMAKAN KELAYAKAN UJIAN APTITUD
Semakan keputusan calon layak menduduki Ujian Aptitud bagi permohonan Jurusan Profesional Perakaunan (JPPro) Program Matrikulasi KPM tahun 2022 boleh dibuat melalui pautan berikut:
Calon hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran SPM di ruangan disediakan.
TARIKH UJIAN & TEMUDUGA
Calon yang melepasi tapisan syarat dan layak menduduki ujian Aptitud akan menduduki ujian dan temuduga pada:
- Tarikh Ujian Aptitud: 1 Julai 2022
- Tarikh temuduga: 5 – 6 Julai 2022
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN & RAYUAN
Calon yang telah berjaya menduduki ujian aptitud dan temuduga pada tarikh yang ditetapkan boleh buat semakan keputusan tawaran pada:
- Tarikh semakan keputusan tawaran / Setuju terima: 16 hingga 23 Julai 2022
Calon yang tidak berjaya melepasi ujian dan ingin buat pertukaran boleh buat permohonan rayuan pada:
- Tarikh rayuan: 16 hingga 23 Julai 2022
- Keputusan rayuan: 29 Julai 2022
- Rayuan Pertukaran: 16 hingga 18 Julai 2022
- Keputusan rayuan: 22 Julai 2022
KEISTIMEWAAN JPPRO
Pelajar akan mengikuti JPPro di KM selama 1 tahun, dan akan menyambung pengajian di UiTM selama 2 1/2 tahun. Antara keistimewaan mengikuti pengajian JPPro adalah:
- Certified Accountant (Akauntan bertauliah) pada umur 25 tahun
- Kerjasama dengan UiTM, ACCA Malaysia dan diiktiraf oleh ACCA Global
- Telah menandatangani MOU dengan ACCA Malaysia.
- Pelajar tamat dengan Sijil Matrikulasi dan kelayakan menyambung pengajian dalam bidang perakaunan professional di UiTM.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan tawaran kemasukan ke Program Jurusan Profesional Perakaunan (JPPro) Program Matrikulasi KPM, anda boleh emel kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/4042.