Semakan & Permohonan

Borang Permohonan Bantuan Beras Bangsa Johor Buat Setiap Rumah Di Johor

June 30, 2022Oleh Cikgu Shaari2 min baca

Berita baik buat rakyat negeri Johor! Kerajaan Johor memperuntukkan sebanyak RM144.36 juta menerusi Bantuan Kasih Negeri Johor yang bakal memanfaatkan kira-kira 3.69 juta penduduk di negeri itu meliputi semua kategori, tanpa ada yang tercicir.

Pengagihan bantuan akan dilakukan secara berperingkat dalam masa terdekat sebagai tanda penghargaan dan kasih kerajaan negeri kepada semua rakyat Johor. Bantuan yang akan diagihkan ini merangkumi 28 inisiatif bertunjangkan lima kategori utama.

Antara bantuan yang diumumkan melalui inisiatif ini adalah Bantuan Beras Bangsa Johor yang akan memberi manfaat kepada semua golongan.

PROGRAM BANTUAN BERAS BANGSA JOHOR

Program Bantuan Beras Bangsa Johor telah berjaya dilaksanakan untuk fasa 1 pada 31 Mei 2022 sehingga fasa terakhir pada 18/6/2022. Ini adalah kali pertama Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan kepada seluruh Bangsa Johor tanpa mengira status ekonomi dan latar belakang penerima.

Baca juga: Bantuan Kasih Bangsa Johor: 28 Inisiatif Baru Buat Isi Rumah, Pelajar, Orang Muda & Pelbagai Sektor

ADUAN BAGI BANGSA JOHOR YANG BELUM MENERIMA BANTUAN

Bagi memastikan edaran Bantuan Beras Bangsa Johor ini sampai kepada setiap rumah di negeri ini, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif untuk menyediakan platform aduan bagi mereka yang masih lagi belum menerima bantuan beras menerusi borang e-aduan.

Sistem Aduan Permohonan Bantuan Beras Bangsa Johor dibuka sepanjang tempoh berikut bagi bangsa Johor yang masih belum terima bantuan beras:

  • Tarikh aduan: Mulai 28 Jun 2022 hingga 6 Julai 2022

BORANG E-ADUAN PERMOHONAN BANTUAN BERAS BANGSA JOHOR

Bangsa Johor yang masih belum terima Bantuan Beras Bangsa Johor boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan secara atas talian di pautan berikut:

Aduan ini disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor bagi mendapatkan maklumbalas kepada rakyat Johor yang belum mendapat bantuan Program Bantuan Beras Bangsa Johor.

Setiap aduan akan akan disemak dan dimaklumkan status. Pengadu akan dimaklumkan status dan jika kes adalah genuine maka pengadu boleh mengambil beras di tempat yang akan ditetapkan oleh pejabat daerah masing-masing.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua Pegawai Daerah, Agensi-agensi jabatan kerajaan, ADUN-ADUN, para penyelaras DUN serta NGO- NGO yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Topik artikel ini
Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda