Cara Mohon Pelbagai Jawatan Tetap Di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Seluruh Malaysia

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan mempelawa warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan untuk mengisi pelbagai kekosongan jawatan seperti diiklankan.

Bagi yang mempunyai kelayakan minima SPM, anda boleh mohon jawatan secara atas talian melalui laman web LPNM sebelum tarikh tutup permohonan yang dinyatakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
  • Taraf jawatan: Tetap
  • Nama jawatan: Pelbagai jawatan
  • Tarikh tutup permohonan: 11 Julai 2022

SENARAI JAWATAN

LPNM kini membuka tawaran kekosongan jawatan sebanyak:

  • Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi E29
  • Pembantu Hal Ehwal Ekonomi E19
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N19

CARA MOHON

Bagi calon yang berkelayakan, komited dan berdedikasi dipelawa untuk berkhidmat di LPNM bagi mengisi jawatan kosong tersebut. Borang permohonan dan syarat-syarat lantikan boleh didapati di laman web LPNM di pautan berikut:

Pastikan anda tulis NAMA JAWATAN yang dipohon pada bahagian ATAS DI SEBELAH KIRI sampul surat.  1 borang hanya untuk jawatan sahaja. Sila gunakan borang berasingan sekiranya memohon lebih dari 1 jawatan.

Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing beserta salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini, Laporan Penilaian Prestasi terkini tiga tahun berturut-turut, slip gaji terkini serta surat kebenaran dan sokongan.

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap TIDAK BERJAYA. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh LPNM berkaitan perkara ini.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Borang permohonan yang lengkap berserta salinan sijil yang telah disahkan hendaklah dikepilkan dan disusun mengikut turutan seperti berikut:

  • Salinan Sijil Kelahiran
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Lesen Memandu
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  • Salinan Kelayakan Akademik berserta transkrip lengkap –Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PMR
  • Surat sokongan/kebenaran daripada majikan.
  • Sijil-sijil penghargaan/penyertaan (terhad 3 tahun terkini)

Semua permohonan hendaklah sampai ke alamat di bawah sebelum atau pada 11hb Julai 2022 (Isnin) sebelum 12.00 tengahari.

  • Ketua Pengarah,
    Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,
    Wisma Nanas,
    No.5, Jalan Padi Mahsuri,
    Bandar Baru UDA,
    81200 Johor Bahru,
    JOHOR DARUL TAKZIM
    (u.p: Bahagian Khidmat Pengurusan – Seksyen Pengurusan Sumber Manusia)

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma