Tarikh Bayaran Bantuan Tunai Tambahan Kerajaan RM50 Buat Bujang & RM100 Buat Isi Rumah

Berita baik buat Keluarga Malaysia! Kerajaan mengumumkan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 melibatkan pemberian RM100 kepada golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang. Bantuan tunai tambahan ini dikatakan melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM630 juta.

Untuk makluman anda, pengumuman bantuan tunai tambahan ini adalah tambahan kepada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan sebelum ini. Penerima BKM akan menerima tambahan bantuan ini sekali dengan bayaran Fasa 2 nanti.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengumuman bantuan tunai tambahan buat bujang dan isi rumah.

BANTUAN TUNAI TAMBAHAN BUJANG & ISI RUMAH

Seperti dimumkan, bantuan tunai tambahan adalah melibatkan:

  • Tambahan RM50 buat golongan bujang
  • Tambahan RM100 buat golongan isi rumah

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) itu diberikan kepada rakyat susulan mengambil kira cabaran sara hidup dan kenaikan harga barang.

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN

Bayaran Fasa 2 BKM melibatkan peruntukan sebanyak RM1.11 bilion dan setiap penerima BKM menerima sehingga RM400 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing.

Setiap penerima BKM bakal menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing. Bayaran bantuan tunai tambahan akan dibayar bersekali dengan bayaran Fasa 2 BKM iaitu pada:

  • 27 Jun 2022 hingga 5 Julai
    – Isi rumah
    – Warga Emas
    – Individu Bujang
  • 27 Jun 2022
    – Penerima yang tidak mempunyai akaun bank

Untuk maklumat lanjut berkenaan fasa pembayaran BKM kepada golongan bujang, isi rumah dan warga emas, anda boleh rujuk jadual bayaran penuh bayaran di bawah:

JADUAL PEMBAYARAN BKM MENGIKUT FASA

Penerima BKM yang mahu lakukan pengemaskinian maklumat boleh kemaskini segera sebelum 30 Jun 2022.

Rujuk: Panduan Kemaskini Maklumat BKM Secara Online & Manual

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma