MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham • MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •

Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Dimansuhkan Mulai 2022

Oleh Cikgu Shaari • June 2, 2022 • 1 min baca

Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Dimansuhkan Mulai 2022
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam sidang media pada 2 Jun 2022 telah mengumumkan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dimansuhkan mulai tahun ini dan digantikan dengan pengukuhan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Selepas ini tiada lagi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini merangkumi tiga komponen utama.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengumuman KPM pemansuhan PT3.

3 KOMPONEN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini merangkumi tiga komponen utama iaitu:

  • Pentaksiran Bilik Darjah (PBD),
  • Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan
  • Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

PENAMBAHBAIKAN PBD

Dari segi penambahbaikan PBD Pentaksiran Formatif (berterusan), KPM akan:

  • memperkasa program latihan untuk pentadbir atau guru bagi memantapkan pelaksanaan pentaksiran berterusan di sekolah.

Manakala penambahbaikan PBD Pentaksiran Sumatif, KPM akan memantapkan ujian akhir sesi akademik bagi lima mata pelajaran terpilih di peringkat sekolah rendah dan semua mata pelajaran di peringkat menengah rendah melalui:

  • pentaksiran mengikut tahun atau tingkatan,
  • penyediaan bank soalan oleh KPM,
  • penjanaan set soalan oleh guru di sekolah dan
  • pelaksanaan yang lebih fleksibel,

Maklumat lanjut berkenaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah akan dikemaskini semula setelah mendapat maklumat lebih lanjut dari pihak KPM.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.