Permohonan Menyertai Program GENIUS Negara Di Pusat Anak GENIUS Negara Seluruh Malaysia Kini Dibuka

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan Permohonan Menyertai Program GENIUS Negara di Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN) bagi tahun 2021 kini dibuka.

Ibu bapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak yang berumur 4 tahun ke bawah untuk menyertai Program GENIUS Negara ini boleh membuat permohonan sekarang sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 30 SEPTEMBER 2020.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lebih lanjut mengenai syarat kelayakan dan cara menyertai Program GENIUS Negara.

Permohonan Menyertai Program GENIUS Negara Di Pusat Anak GENIUS Negara Seluruh Malaysia Kini DIbuka

KEISTIMEWAAN PROGRAM GENIUS NEGARA

Antara keistimewaan Program GENIUS Negara adalah:

  • Merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh
  • Menggunakan kurikulum yang  mengintegrasikan secara bersepadu asas asuhan lengkap dan asas awal yang holistik
  • Menggunakan pedagogi belajar melalui bermain
  • Menekankan konsep 3E iaitu meneroka, mengeksperimen dan mengalami (Exploring, Experimenting and Experiencing)

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk menyertai Program GENIUS Negara:

  • Anak merupakan Warganegara Malaysia
  • Berumur 4 tahun ke bawah
  • Keutamaan kepada ibu bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM4,000

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan:

  • Salinan surat beranak anak
  • Salinan Mykid anak
  • Salinan rekod kesihatan anak (muka hadapan dan rekod vaksin)
  • Salinan kad pengenalan ibu bapa/ penjaga yang disahkan
  • Salinan Pendapatan ibu bapa/penjaga yang disahkan
  • Surat pendapatan ibu bapa/penjaga yang disahkan (Sekiranya bekerja sendiri)
  • Surat pengesahan tidak bekerja ibu bapa/penjaga yang disahkan

CARA MEMOHON

Permohonan untuk menyertai Program GENIUS Negara boleh dibuat dengan langkah berikut:

  1. Muat turun Borang Permohonan Program GENIUS Negara yang disertakan di bawah.
  2. Isi borang permohonan sehingga lengkap.
  3. Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan seperti disenaraikan di atas.
  4. Hantar borang permohonan dan dokumen yang disediakan ke Pusat Anak GENIUS Negara berdekatan anda.

Ibu bapa yang berminat untuk membuat penyertaan anak-anak ke Program GENIUS Negara dinasihatkan untuk membuat permohonan SEKARANG atau sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 30 September 2020 (Rabu). Tarikh keputusan permohonan akan dikeluarkan ada NOVEMBER 2020.

Download borang permohonan di bawah:

BORANG PENYERTAAN PROGRAM ANAK GENIUS NEGARA

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian GENIUS Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03 8880 5151 atau terus ke laman Kementerian Pendidikan Malaysia.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma