Cara Cerita Latar Belakang Pendidikan Secara Ringkas & Padat Dalam Temuduga

“Sila perkenalkan diri anda”. Ini adalah salah satu soalan yang PASTI akan ditanya dalam setiap temuduga. Walaupun nampak mudah tetapi kalau tak bersedia pasti calon akan gagap di soalan ini. Apa yang difahamkan dengan “perkenalkan diri” pastinya ceritakan serba sedikit tentang diri anda.

Namun calon perlu tahu, ada perkara yang perlu calon ceritakan, ada juga yang tidak perlu untuk soalan ini. Antara perkara penting yang anda perlu ceritakan adalah latar belakang pendidikan. Tetapi nak cerita pun ada caranya suapaya tidak berlebihan!

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara ceritakan latar belakang pendidikan secara ringkas dan padat dalam sesi temuduga.

Baca juga: Selain Perkenalkan Diri, Ini 30+ Contoh Soalan Tentang Diri Calon Yang Sering Ditanya Dalam Temuduga

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Apa yang perlu diceritakan tentang latar belakang pendidikan dalam temuduga?

Jangan cerita secara berlebihan ya! Latar belakang pendidikan diceritakan secara ringkas dalam temuduga bagi memperkenalkan diri dan tahap kelayakan calon. Antara perkara penting yang perlu diceritakan dalam latar belakang pendidikan adalah:

  • Sekolah tamat pengajian tingkatan 5 (SPM)
  • Selepas tamat pengajian SPM, ke mana pengajian dilanjutkan
  • Nama program & institusi pengajian
  • Pencapaian semasa belajar & aktif dalam aktiviti
  • Keputusan pengajian tinggi (CGPA) – Jika keputusan anda agak baik

Baca juga: Contoh Jawapan & Point Penting Untuk Soalan Temuduga “Sila Perkenalkan Diri Anda”

CONTOH JAWAPAN

Berikut adalah contoh ayat untuk menceritakan latar belakang pendidikan yang boleh anda selitkan ketika memperkenalkan diri dalam temuduga:

Setelah tamat pengajian tingkatan 5 saya iaitu di peringkat SPM di Sekolah Menengah ______, saya melanjutkan pengajian saya ke peringkat yang lebih tinggi, iaitu Diploma dalam ________ di __________. Sebaik sahaja tamat pengajian Diploma selama __ tahun, saya diberi peluang untuk teruskan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam ________ di _______ dan telah memperoleh keputusan _____ semasa tamat pengajian pada tahun ______.

Antara pencapaian saya semasa mengikuti pengajian tinggi di _____ adalah saya memperoleh ___________. Saya juga begitu aktif dalam persatuan______ dan telah menyandang jawatan sebagai __________ yang banyak memberi pengalaman dan kemahiran kepimpinan kepada saya.

Antara perkara penting yang perlu highlight dalam latar belakang pendidikan ini adalah pencapaian anda.

Nampak mudah kan jalan penceritaan latar belakang pendidikan ini? Sebenarnya perkara yang nak disebut mudah sahaja kerana anda hanya perlu cerita balik sahaja perjalanan pendidikan anda. Anda cuma perlu buat persediaan dan tahu cara ringkaskan supaya penemuduga tidak bosan semasa temuduga nanti.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma