Permohonan Kemasukan Ke Kolej Keda Sesi Januari 2021 Buat Lepasan SPM

Kolej Keda membuka permohonan kemasukan ke Kolej Keda sesi Januari 2021 buat lepasan SPM yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang Teknologi Elektrik, Teknologi Fabrik Wanita dan Teknologi Penyejukbekuan.
Pelbagai kemudahan percuma disediakan kepada pelajar bagi meringankan beban dan memudahkan pelajar sepanjang tempoh pengajian.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program pengajian yang ditawarkan.
KURSUS YANG DITAWARKAN
Berikut adalah senarai kursus yang ditawarkan:
- Teknologi Elektrik – 6 Bulan
- Teknologi Fabrik Wanita Tahap 1 – 6 Bulan
- Teknologi Fabrik Tahap 2 – 12 Bulan
- Teknologi Penyejukbekuan & Penyaman Udara Tahap 3 – 9 Bulan
KEMUDAHAN PERCUMA YANG DISEDIAKAN
Pelajar akan menikmati kemudahan percuma yang disediakan oleh Kolej Keda berikut:
- Kemudahan latihan
- Kemudahan makan dan minum
- Penginapan asrama
SYARAT PERMOHONAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Warganegara
- Berumur 17 hingga 25 tahun
- Belum berkahwin
- Sihat mental & fizikal
- Menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira)
- Berminat
CARA MOHON
Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon bumiputera yang berkelayakan. Pemohon diminta untuk membuat permohonan sekarang sehingga 30 November 2020 di pautan berikut:
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian 04-4695 993 atau terus ke alamat berikut:
- Unit Pengambilan Kolej KEDA,
Rimba Taqwa Perangun, 08200 Sik,
Kedah Darul Aman