Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap • Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap •

Tempoh Perkhidmatan Guru Interim Tahun 2019 Dilanjutkan Untuk Tempoh 1 Tahun

Oleh Cikgu Shaari • May 26, 2022 • 1 min baca

Tempoh Perkhidmatan Guru Interim Tahun 2019 Dilanjutkan Untuk Tempoh 1 Tahun
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini, perkara berkaitan perkhidmatan guru interim bagi lantikan tahun 2019 sememangnya dalam perhatian KPM. Kini KPM telah umumkan pelanjutan tempoh perkhidmatan guru interim KPM bagi lantikan tahun 2019.

KPM sentiasa bekerjasama rapat dan berbincang dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bagi menambahbaik perkhidmatan sektor pendidikan negara, khususnya dalam urusan pelantikan guru-guru di sekolah bawah KPM termasuk guru interim.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pelanjutan tempoh perkhidmatan guru interim KPM bagi lantikan tahun 2019.

PELANJUTAN TEMPOH PERKHIDMATAN GURU INTERIM KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa pelanjutan tempoh perkhidmatan Guru Interim adalah melibatkan:

  • Guru Interim lantikan 2019

Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh:

  • Tempoh lanjutan: 1 tahun lagi

Pelanjutan tempoh ini adalah bagi membolehkan urusan temuduga dan lantikan tetap untuk guru-guru yang telah memenuhi syarat diselesaikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Sementara itu, bagi Guru Interim lantikan sebelum tahun 2019, mereka juga hendaklah memastikan syarat-syarat lantikan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dipenuhi bagi membolehkan perakuan dibuat oleh KPM sebelum dikemukakan kepada SPP untuk urusan temuduga dan lantikan tetap.

KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.