Cara Mohon Jawatan Kosong Di HCTM UKM Terbuka Buat Graduan & Lepasan Sekolah

Jabatan Sumber Manusia ingin mempelawa kakitangan atau warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited serta berdedikasi untuk mengisi kekosongan pelbagai jawatan pelantikan berstatus tetap dan kontrak di Hospital Canselor Tuanku Muhriz seperti yang diiklankan.

Permohonan secara online boleh dibuat melalui sistem khas yang disediakan, iaitu Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan UKM. Pastikan anda hantar permohonan selewat-lewatnya 17 Mei 2022 bagi memastikan permohonan anda berjaya diterima.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Hospital Canselor Tuanku Muhriz
  • Jenis jawatan: Pelbagai
  • Tarikh tutup permohonan: 17 Mei 2022

SENARAI JAWATAN DITAWARKAN

Berikut adalah senarai jawatan yang dibuka untuk permohonan:

  • Pegawai Tadbir N41
  • Pegawai Sains C41
  • Pegawai Pemulihan Perubatan U41
  • Pegawai Perubatan UD43, UD47, UD51 & UD53
  • Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/ Penolong Jurutera JA29
  • Jururawat U29
  • Juruteknologi Makmal Perubatan U29
  • Juru X-Ray U29
  • Penolong Pegawai Farmasi U29
  • Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
  • Penolong Pegawai Tadbir N29
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N19
  • Pembantu Akauntan W19
  • Pembantu Operasi N11
  • Pembantu Perawatan Kesihatan U11

SYARAT KELAYAKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Semak syarat kelayakan akademik bagi setiap jawatan ditawarkan di laman  https://smk.ukm.my/sppj/

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh buat permohonan secara atas talian melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan UKM yang disediakan. Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:

Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk Ujian Tapisan Kompetensi HCTM dan temuduga. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma