Senarai Ijazah Sarjana Muda Bukan Pendidikan Yang Boleh Mohon Jadi Pensyarah Mengikut Bidang
Pernah terfikir tak, macam mana nak jadi seorang pensyarah? Ataupun anda memang bercita-cita nak jadi seorang pensyarah? Walaupun tugas seorang pensyarah ini lebih kurang macam kerjaya guru, namun nak memasuki kerjaya sebagai Pensyarah ini jauh sekali berbeza daripada Laluan Menjadi Seorang Guru.
Ramai yang taktahu sebenarnya sekiranya anda ada kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bukan pendidikan pun anda boleh jadi pensyarah. Dengan syarat, kelayakan anda mestilah sesuai dengan bidang jawatan yang dimohon. Permohonan bagi menjadi pensyarah di universiti awam, politeknik dan kolej komuniti boleh dibuat melalui Suruhanajaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang membuka peluang jawatan sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41/DH29.
Apa kelayakan bidang Ijazah Sarjana Muda bukan pendidikan yang boleh mohon jadi pensyarah? Ikuti perkongsian di bawah untuk semak senarai kelayakan mengikut bidang.
Isi Kandungan
KELAYAKAN KURSUS MENGIKUT BIDANG
Berikut adalah senarai kelayakan pengajian diperlukan untuk mohon jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi atau pensyarah mengikut bidang:
Pendidikan Islam
- Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam
- Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat
- Ijazah Sarjana Muda Syariah
- Ijazah Sarjana Muda Usuluddin
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam
Sains
- Ijazah Sarjana Muda Sains Bio Perubatan
- Ijazah Sarjana Muda Bioindustri
- Ijazah Sarjana Muda Gunaan (Fizik Kejuruteraan)
- Ijazah Sarjana Muda Gunaan (Sains dan Teknologi Elektronik)
- Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan
- Ijazah Sarjana Muda (Pembinaan)
- Ijazah Sarjana Muda Dengan Peneieikan (Fizik)
Rekebentuk Fesyen dan Pakaian
- Ijazah Sarjana Muda Fesyen dan pakaian
- Ijazah Sarjana Muda Rekaan Feseyen dan Pakaian
Matematik
- Ijazah Sarjana Muda Matematik
- Ijazah Sarjana Muda Matematik Industri
- Ijazah Sarjana Muda Matematik, Komputer dan Industri
- Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Matematik/ Fizik)
Pemasaran
- Ijazah Sarjana Muda Pemasaran
- Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran)
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran)
- Ijazah Sarjana Muda Pemasaran Antarabangsa
- Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan (Pemasaran)
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pemasaran)
Sains Kesetiausahaan
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pejabat
- Ijazah Sarjana Muda Sarjana Muda engurusan Sistem Pejabat
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dan Teknologi pejabat
Logistik
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Logistik dan Operasi
- Ijazah Sarjana Muda Logistik
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Logistik dan Pengangkutan)
- Ijazah Sarjana Muda Logistik Perindustrian
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Logistik dan Rangkaian bekalan
- Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengangkutan)
Undang-undang
- Ijazah Sarjana Muda undang-undang
- Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran undang-undang
- Ijazah Sarjana Muda
Pengurusan Perniagaan
- Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)
- Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan
- Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan)
- Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Ekonomi)
- Ijazah Sarjana Muda Perdagangan
- Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dan Pengurusan
- Ijazah Sarjana Muda Perniagaan
Perakaunan
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
- Ijazah Sarjana Muda Akauntasi
- Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Perakainan
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Perakaunan
- Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (Perakaunan dan Ekonomi)
Teknologi Maklumat Pengaturcaraan
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Komputeran Industri)
Sains Komputer
- Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer
- Ijazah Sarjana Muda Sains Kompuer (Pengurusan Pangkalan Data)
- Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pengurusan Sistem Maklumat)
Teknologi Maklumat
- Ijazah Sarjana Muda eknologi Maklumat
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Maklumat)
Kejuruteraan Komputer
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Komputer)
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer dan Maklumat
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Komputer
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian
Rekabentuk Grafik
- Ijazah Sarjana Muda Grafik Komunikasi
- Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Grafik
- Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis dan Reka Grafik
Teknologi Industri Percetakan
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi industri (Pencetakan)
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Industri
Media Digital
- Ijazah Sarjana Muda Media Digital
- Ijazah Sarjana Muda Seni Visual
- Ijazah Sarjana Muda Perfileman
- Ijazah Sarjana Muda Grafik Dan Media Digital (Pengiklanan)
Pengurusan Hotel
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti
- Ijazah Sarjana Muda Hotel dan Katering
- Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Pengurusan Perhotelan)
Pengurusan Pelancongan
- Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Pelancongan
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hospitalitu (Pelancongan)
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel)
- Ijazah Sarjana Muda Pelancongan Pengurusan Perniagaan (Pelancongan)
Kulinari
- Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Seni Kulinari
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel dan Katering
Automotif
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Automotif)
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi KejuruteraanMekanikal (Automotif)
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif(
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Teknologi (Penyelenggaraan Automotif)
Kejuruteraan Kimia
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia
Kimia Industri
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kimia
- Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Kimia Industri)
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia
Akuakultur
- Ijazah Sarjana Muda Akuakultur
- Ijazah Sarjana Muda Agroteknologi
Rekreasi
- Ijazah Sarjana Muda Perhutanan
Ukur Bahan
- Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan
Ukur Tanah
- Ijazah Sarjana Muda Geoinfomatik
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik
- Ijazah Sarjana Muda Ukur Tanah
Banyak sebenarnya jika nak diikutkan bidang-bidang pengajian yang ada. Setiap pengambilan Pegawai Pengajian Tinggi atau pensyarah oleh pihak SPP akan disertakan bersama kelayakan yang diperlukan untuk buat permohonan.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda merasakan kelayakan anda adalah bersesuaian dengan bidang yang dibuka, anda boleh terus buat permohonan sahaja. Nak tahu bagaimana graduan dengan ijazah bukan pendidikan jadi pensyarah?
Rujuk: Pensyarah Ini Kongsi Bagaimana Graduan Ijazah Bukan Pendidikan Boleh Jadi Pensyarah
Semoga bermanfaat!