Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Permohonan Program Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) Untuk Pengajian Luar Negara

Oleh Cikgu Shaari • December 22, 2022 • 2 min baca

Permohonan Program Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) Untuk Pengajian Luar Negara
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Permohonan Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang dahulunya dikenali sebagai Bantuan Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara dibuka bermula 1 Disember 2022 sehingga 1 Januari 2023.

Program ini merupakan satu bentuk bantuan kewangan (dermasiswa) yang diberikan berdasarkan permohonan pelajar setiap tahun dalam membantu anak-anak Kelantan di dalam pengajian di beberapa institusi Pengajian Tinggi Luar Negara dalam pelbagai bidang yang bermanfaat terutamanya bidang Pengajian Islam.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut biasiswa ditawarkan dan cara mohon.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK dibuka pada:

  • 1 Disember 2022 hingga 1 Januari 2023

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah terbuka kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia yang lahir dan menetap di Kelantan.
  • Terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
  • Melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.
  • Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.
  • Jumlah pendapatan ibu bapa adalah RM8,000 ke bawah sahaja sebulan.

Syarat-syarat khusus:

  • Pemohon Tahun Pertama
    – Layak memohon berdasarkan surat tawaran yang telah disahkan
  • Pemohon Tahun Kedua dan Ke Atas
    – Mesir-Makbul (Lulus) dan layak menyambung pengajian ke tahun akhir
    – Lain-lain negara-minima PNGK 3.0 dan layak menyambung pengajian ke tahun berikutnya.

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan biasiswa ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan di atas, anda boleh buat permohonan melalui salah satu kaedah berikut:

  • Secara online melalui http://eagihan.e-maik.my/
  • Perkhidmatan KIOKS dan mesin pengimbas disediakan di Aras Bawah Unit Agihan Zakat MAIK dan seluruh Masjid Bandar Negeri di Kelantan.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi  Unit Pendidikan MAIK di talian 09 7421519 atau email di alamat info_pendidikan@e-maik.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.