Cara Mohon Program JUMPER PUNB 2020 Untuk Graduan, Terima Elaun Sehingga RM1200 Sebulan

Adakah anda merupakan seorang graduan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan? Jika ya, terdapat berita baik untuk anda. Anda boleh menyertai Program JUMPER PUNB yang akan membantu anda dalam dunia perniagaan.

Peserta atau perantis yang sertai program JUMPER akan dilatih dan dibimbing oleh syarikat di bawah naungan PUNB dan syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB.

Permohonan Program JUMPER PUNB Sesi Pengambilan Disember 2020 kini dibuka dan anda boleh buat permohonan dengan panduan yang ditetapkan di bawah.

PROGRAM JUMPER PUNB 2020

Program JUMPER ‘Start Up’ ialah program latihan keusahawanan bagi siswazah muda Bumiputera (Perantis) yang memilih untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Para perantis akan di dedahkan kepada pembelajaran sebenar tentang pengurusan perniagaan melalui latihan sangkut di syarikat naungan PUNB (mentor).

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perantis sebagai persediaan awal bagi menjadi seorang usahawan.

Cara Mohon Program JUMPER PUNB 2020 Untuk Graduan, Terima Elaun Sehingga RM1200 Sebulan

KEISTIMEWAAN PROGRAM JUMPER PUNB

Antara keistimewaan Program JUMPER PUNB yang ditawarkan kepada peserta adalah:

  • Perantis akan menerima elaun sara diri sebanyak RM1,200 sebulan
  • Program latihan berkonsepkan Latihan Sangkut selama 8 bulan
  • Perantis berpeluang untuk mempelajari tentang selok-belok menguruskan perniagaan selain menjalani program latihan dan kursus penyediaan Rancangan Perniagaan
  • Setelah tamat latihan, perantis yang layak dan berminat untuk menjalankan perniagaan berpeluang untuk mendapatkan GERAN berjumlah RM10,000 dan pembiayaan minimum sebanyak RM40,000*

SYARAT KELAYAKAN

Pastikan juga anda memenuhi setiap daripada syarat-syarat ini. Antara syarat-syarat kelayakan memohon Program Jumper PUNB adalah seperti berikut:

  • Berminat untuk menjadi usahawan dan sedang mencari platform latihan serta bimbingan dalam bidang perniagaan ke arah global.
  • Bumiputera tidak melebihi 30 tahun semasa permohonan.
  • Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 1 dan 2 ke atas) dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman kerja (termasuk latihan industri semasa tempoh pengajian) dalam pelbagai industri.
  • Sanggup menjalani latihan sepenuh masa

PROSES PERMOHONAN

Proses Permohonan Program JUMPER ‘Start Up’ PUNB adalah seperti turutan di bawah:

  1. Peserta mendaftar dan menghadiri temuduga panel
  2. Pemberitahuan sekiranya disenarai pendek
  3. Proses penempatan & kelulusan
  4. Peserta menyertai kursus induksi & motivasi keusahawanan
  5. Peserta lapor diri & latihan bermula

Jadi, tunggu apa lagi? Ambil peluang keemasan ini untuk mendapatkan pengalaman perniagaan yang dicari selama ini. Daftarlah sekarang!

CARA DAFTAR & MOHON PROGRAM JUMPER PUNB 2020

Sekiranya anda berminat untuk menyertai program JUMPER PUNB 2020 sesi pengambilan 2020 (siri 3), anda boleh membuat pendaftaran dan permohonan sebelum 9 Oktober 2020. Ikuti panduan berikut:

Pendaftaran Program JUMPER PUNB

Anda perlu buat pendaftaran secara atas talian terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.

  1. Klik PENDAFTARAN PROGRAM JUMPER PUNB 2020
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  3. Klik Semak Kad Pengenalan Anda
  4. Lengkapkan Borang Pendaftaran Pembiayaan PUNB yang disediakan
  5. Setelah selesai, klik Hantar

Permohonan Program JUMPER PUNB

Setelah selesai pendaftaran, anda borang buat permohonan dengan langkah berikut:

  1. Download borang permohonan di bawah
  2. Sediakan dokumen berikut: – Salinan MyKad – Resume – Salinan Sijil Akademik tertinggi
  3. Hantar borang permohonan yang diisi dengan lengkap bersama dokumen berikut ke alamat:
  • Sekretariat Program JUMPER PUNB Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Ibu Pejabat Tingkat 10, Blok 1B, Plaza Sentral, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral 50470 Kuala Lumpur
  • Tel: 03 2785 1908/1413/1417

Klik butang di bawah untuk download borang permohonan JUMPER PUNB 2020: BORANG PERMOHONAN JUMPER PUNB 2020

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma