Tiada Degree Pendidikan Pun Boleh Jadi Pensyarah Politeknik & Kolej Komuniti. Pensyarah Ini Kongsi Caranya

Pernah terfikir tak, macam mana nak jadi seorang pensyarah? Ataupun anda memang bercita-cita nak jadi seorang pensyarah? Walaupun tugas seorang pensyarah ini lebih kurang macam kerjaya guru, namun nak memasuki kerjaya sebagai Pensyarah ini jauh sekali berbeza daripada Laluan Menjadi Seorang Guru.

Kerjaya sebagai pensyarah ini boleh dikatakan antara pilihan utama pelajar lepasan Ijazah. Namun boleh kah lepasan Ijazah mohon menjadi pensyarah? Macam mana pelajar lulusan Ijazah dalam bidang bukan pendidikan nak jadi pensyarah?

Seorang pensyarah Kolej Vokasional melalui laman Twitter telah kongsikan bagaimana cara jadi pensyarah tanpa pendidikan dalam sijil degree.

CARA JADI PENSYARAH TANPA IJAZAH DALAM PENDIDIKAN

Ramai yang ingin menjadi tenaga pengajar tetapi tidak tahu peluang yang ada. Sebenarnya kepada mereka yang ambil bidang kejuruteraan, besar peluang untuk anda menjadi seorang tenaga pengajar di Politeknik dan Kolej Komuniti.

Kemahiran & Pengalaman Bidang Industri Diperlukan

Ini kerana, Politeknik lebih memerlukan mereka yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bidang industri. Sebab itulah kadang-kadang ramai pensyarah kita yang dahulunya kerja dalam bidang industri berkaitan kemudian tukar bidang menjadi seorang tenaga pengajar.

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)

Kepada mereka yang tiada pendidikan dalam sijil sarjana muda, mereka akan dihantar kursus dipanggil Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) selama 2 minggu. Kursus ini akan diajar kemahiran untuk mengajar didalam kelas.

Lepasan ijazah sarjana muda tanpa pendidikan merupakan Gred DH41 apabila mengajar di politeknik dan kolej komuniti. Manakala DH29 merupakan graduan lepasan diploma yang berkaitan. Lepasan diploma pun boleh jadi pensyarah! Yang membezakannya adalah tangga gaji.

Cara Mohon Pensyarah

Bagaimana cara mohon jadi pensyarah? Anda perlu mendaftar di Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) apabila menerima hebahan pengambilan pensyarah politeknik Gred DG41 dan DG29.

Rujuk: Panduan Mohon Jawatan Tetap Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Melalui MySPP (Guru/Pensyarah)

Hebahan Iklan Jawatan

Hebahan iklan pengambilan selalu dibuat di laman web rasmi dan facebook rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Anda boleh rujuk hebahan iklan semasa di laman web berikut:

Dah tahu mana mana nak jadi pensyarah dengan menggunakan ijazah sarjana muda bukan pendidikan? Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda merebut peluang untuk menjadi pensyarah nanti!

Sumber

 

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma