Bagaimana Mohon Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 Melalui Portal MySPP

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran menawarkan peluang pekerjaan kepada calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat yang ditetapkan untuk mengisi kekosongan jawatan. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41.
Calon boleh semak syarat kelayakan dan cara memohon di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Majikan: Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
- Lokasi Kekosongan: Seluruh Negara
- Tarikh Tutup: 31 Julai 2020
BIDANG TUGAS
Bertanggungjawab melaksanakan tugas dengan profesional meliputi aspek-aspek dan aktiviti-aktiviti seperti berikut:
- pengurusan pelajar;
- pengurusan organisasi;
- pengurusan dasar;
- penyelidikan, pengkomersilan dan khidmat nasihat;
- jaringan dan kolaborasi; dan
- pengurusan sumber manusia.
SYARAT KELAYAKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
Syarat Lantikan Mengikut Bidang Ditawarkan
- Makanan – Sarjana Muda Pemprosesan Makanan
- Teknologi Maklumat – Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Rangkaian)
- Teknologi Maklumat – Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian dan Keselamatan Komputer)
- Agroteknologi – Sarjana Muda Sains Gunaan (Keusahawanan Teknologi Pertanian)
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian melalui portal MySPP atau di JobsMalaysia sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 31 Julai 2020 jam 11.59 malam.
Bagi permohonan kali pertama di portal berikut, pemohon perlu Daftar MySPP ATAU Daftar JobsMalaysia terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan dalam sistem. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
CARA DAFTAR MYSPP
Untuk mengisi permohonan jawatan di mySPP, pemohon perlu mendapatkan MyID untuk log masuk. ID pengguna dan kata laluan JobsMalaysia tidak lagi boleh digunakan.
Berikut adalah panduan untuk mendaftar mySPP untuk permohonan jawatan:
- Layari laman web rasmi mySPP
- MyID adalah nombor kad pengenalan anda.
- Anda perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu dengan menggunakan MyID dan kata laluan baharu sebelum mengisi mySPP.
- Pendaftaran mySPP tidak memerlukan pengaktifan melalui e-mel. Alamat E-mel hanya digunakan untuk pengumuman SPP atau panggilan temu duga atau keputusan temuduga.
- Sekiranya anda tersilap memasukkan no. kad pengenalan semasa pendaftaran MyID,
sila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP.
KESILAPAN MAKLUMAT SEMASA PENDAFTARAN
Jika anda melakukan kesilapan maklumat semasa pendaftaran, anda boleh memperbetulkan kesilapan tersebut dengan log masuk ke mySPP dan mengemas kini maklumat yang silap di modul Maklumat Pemohon.
Anda boleh mengemas kini maklumat pada bila-bila masa. Namun begitu, setiap kali perubahan yang dilakukan, anda perlu menghantar Pengakuan Pemohon semula untuk memastikan maklumat anda dikemas kini.
TERLUPA KATA LALUAN
Sekiranya terlupa kata laluan, sila klik pautan LUPA KATA LALUAN dan anda boleh
menetapkan semula kata laluan dengan menggunakan dua pilihan iaitu:-
(a) Nama Ibu dan Negeri Kelahiran Calon (Sewaktu Pendaftaran); atau
(b) Alamat Pada Kad Pengenalan.
Bagi pilihan (a), anda diminta memasukkan No. Kad Pengenalan dan Nama Penuh (seperti maklumat dalam Kad Pengenalan). Masukkan nama pertama ibu dan negeri kelahiran anda. Kemudian masukkan kata laluan baharu (minima 8 aksara), sahkan kata laluan, masukkan Kod Keselamatan (case sensitive) dan klik HANTAR.
Perhatian: Anda perlu mengingati nama pertama ibu (first name tanpa last name) dan negeri kelahiran sama seperti yang didaftarkan semasa pendaftaran MyID.
Bagi pilihan (b), anda diminta masukkan alamat anda sama seperti maklumat dalam Kad
Pengenalan. Pastikan semua medan bertanda * diisi. Selepas semua medan diisi, klik butang HANTAR.
Anda boleh log masuk terus ke mySPP sekiranya reset kata laluan berjaya.
STATUS PERMOHONAN TERDAHULU
Sekiranya anda membuat permohonan jawatan baharu, permohonan yang terdahulu akan terbatal. Namun begitu, sekiranya urusan permohonan terdahulu sedang diproses, urusan tersebut tetap akan diteruskan.
Permohonan yang terdahulu masih sah jika dalam tempoh sah laku pendaftaran. Sah laku pendaftaran permohonan adalah selama satu (1) tahun dan sekiranya tempoh sah laku telah tamat, anda perlu mengemas kini semula dan menghantar pengakuan pemohon sekali lagi.
Anda tidak perlu melanjutkan tempoh permohonan jika tempoh sah laku belum luput kecuali jika anda mengemas kini sebarang maklumat, anda perlu klik simpan dan hantar perakuan semula supaya perubahan tersebut akan diproses.
Jika anda menghadapi masalah lain berkaitan sistem mySPP, anda boleh salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP di talian berikut:
- Talian Hotline mySPP : 03-8091 4019 / 4020 / 4021 / 4022
- Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP)