Cara Mohon Jawatan MySTEP Di Jabatan Alam Sekitar Dengan Minima Diploma
Anda graduan lepasan diploma/setaraf yang sedang mencari kerja dan peluang untuk bina kerjaya? Jom bina kerjaya dengan peluang penempatan MySTEP yang dibuka oleh Jabatan Alam Sekitar tahun 2022 ini! Calon yang layak mendapat penempatan akan berkhidmat secara kontrak pada tahun 2022.
Jika anda berminat untuk berkhidmat dengan Jabatan Alam Sekitar dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, pastikan anda hantar permohonan melalui email sebelum tarikh tutup permohonan. Calon yang berjaya akan ditempatkan di bahagian strategik komunikasi.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Majikan: Jabatan Alam Sekitar
- Jawatan: Personel MySTEP (Penyunting Video/ Pereka Grafik)
- Penempatan: Putrajaya
- Kadar Upah: RM1,800 sebulan
- Tarikh tutup permohonan: 22 April 2022
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan adalah dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Diploma dalam seni reka gradik
- Aktif dan boleh bekerja dalam satu pasukan
- Kelebihan kepada calon yang boleh berinteraksi di hadapan kamera
KEMUDAHAN MYSTEP
Antara kemudahan yang disediakan kepada calon MySTEP yang berjaya mendapat penempatan adalah:
- Gaji RM1,800 sebulan
- Cuti Rehat dan Cuti Sakit
- Caruman KWSP dan PERKESO
CARA MEMOHON
Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan sebelum 22 April 2022. Permohonan boleh dibuat dengan kemukakan dokumen berikut:
- Resume
- Salinan kad pengenalan dan sijil kelayakan akademik yang berkaitan
Kemukakan dokumen ke alamat emel berikut:
- strategikkomunikasi@gmail.com
Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk: