Graduate Employability Program McDonald: Tawaran Program Latihan Kerja Buat Graduan, Elaun Sehingga RM2,000 Diberi
Panggilan buat graduan yang sedang mencari peluang untuk bina kemahiran bekerja! McDonald’s ingin memperkenalkan anda kepada Graduate Employability Programme (GEP), yang direka untuk bakal graduan ijazah sarjana muda atau graduan baru. Ia merupakan program pra-pekerjaan 6 bulan baharu yang menjadi asas kepada Management Trainees (MT).
Inilah peluang untuk anda bina kemahiran kerja baharu sebagai pengurus! Dalam tempoh latihan, graduan akan mempelajari pelbagai kemahiran baru.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan bagi graduan yang berminat.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
- Nama program: McDonald’s Graduate Employability Program (GEP)
- Tempoh program: 6 bulan
- Lokasi program: Restoran McDonald’s seluruh Malaysia
MATLAMAT PROGRAM
Matlamat pelaksanaan program ini adalah untuk:
- Membantu graduan dalam memajukan kerjaya mereka dengan meletakkan asas yang kukuh untuk pembangunan profesional mereka melalui pembelajaran dan latihan yang tiada tandingan
- Graduan akan melalui tempoh asas selama 6 bulan di mana mereka akan mempelajari kemahiran stesen, tugas Jurulatih Krew dan tanggungjawab Ketua Krew
- Graduan akan mendapat pengalaman yang tidak ternilai semasa bekerja dalam suasana yang indah dengan orang yang hebat
- Membangunkan pemimpin yang cemerlang dengan mengamanahkan mereka dengan tanggungjawab yang besar dan tugas yang sukar
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan adalah terbuka kepada graduan yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Kelulusan Diploma/ Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan – F&B, Retail Management, Business Management, Hospitality dan sebagainya
- Mampu menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- Mampu menjalani ‘On Job Training’ secara putaran shift dan pada hujung minggu
- Minima 3 bulan latihan industri atau “On Job Training”
STRUKTUR PROGRAM
Melalui program ini, peserta akan:
- Didedahkan kepada sistem dan budaya kerja McDonald’s
- Bina kebanggaan dan penglibatan dalam diri pekerja untuk menyampaikan kualiti, perkhidmatan, kebersihan dan nilai yang cemerlang (QSC&V)
- Meningkatkan kemahiran untuk menjadi pengurus masa depan yang cekap dan berkebolehan
MANFAAT PROGRAM
Antara manfaat yang disediakan kepada peserta program adalah:
- Elaun bulanan sehingga RM2,000
- Pakaian seragam
- Manfaat perubatan
- Makanan percuma
- Pensijilan Pengendali Makanan yang ditaja oleh McDonald’s
- Tifoid jab yang ditaja oleh McDonald’s
- Sijil Latihan McDonald
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat untuk mengikuti latihan bersama McDonald melalui McDonald’s Graduate Employability Program (GEP) selama 6 bulan seperti yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan secara online.
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan online di pautan berikut:
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan program yang ditawarkan, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian 014 315 7116.