Cara Mohon Jawatan MySTEP Perkeranian/ Operasi Di Masjid Negara Dengan Minima SPM
Anda lepasan SPM atau graduan yang sedang mencari kerja dan peluang untuk bina kerjaya? Jom bina kerjaya dengan peluang penempatan MySTEP yang dibuka oleh Masjid Negara tahun 2022 ini! Calon yang layak mendapat penempatan akan berkhidmat secara kontrak pada tahun 2022.
Jika anda berminat untuk berkhidmat dengan Masjid Negara dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, pastikan anda hantar permohonan melalui email sebelum tarikh tutup permohonan. Calon yang berjaya akan ditugaskan di bahagian perkeranian/ operasi.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Majikan: Masjid Negara
- Jawatan: Personel MySTEP (Perkeranian/ Operasi)
- Tempoh lantikan: 1 Jun 2022 hingga 31 Disember 2022
- Kadar Upah: RM1,600 (Termasuk caruman KWSP dan PERKESO)
- Tarikh tutup permohonan: 6 Mei 2022 sebelum jam 12 tengahari
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan
- Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau Sijil Kelayakan yang setaraf dengannya
Keutamaan diberikan kepada calon yang:
- Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik melibatkan pelbagai peringkat masyarakat
- Berkebolehan mengendalikan komputer terutama perisian Microsoft Word/ Excel dan Powerpoint
- Mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah dan boleh berfikir secara logik matematik
- Bertanggungjawab memiliki personaliti yang menarik dan berdisiplin
CARA MEMOHON
Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan sebelum 6 Mei 2022. Permohonan boleh dibuat dengan kemukakan dokumen berikut:
- Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lain-lain sijil kelayakan yang berkaitan
- Salinan Kad Pengenalan
- Sekeping gambar berukuran passport
Kemukakan permohonan beserta dokumen ke alamat emel berikut:
- haikal@masjidnegara.gov.my / marfudzah@masjidnegara.gov.my
Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput untuk ke sesi temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan panggilan selepas 2 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk: