Cara Mohon Jawatan MySTEP Pembantu Tadbir Di KPDN Guna Sijil SPM
Anda lepasan sekolah atau graduan yang sedang mencari kerja dan peluang untuk bina kerjaya? Jom bina kerjaya dengan peluang penempatan MySTEP yang dibuka oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup tahun 2023 ini! Calon yang layak mendapat penempatan akan berkhidmat secara kontrak pada tahun 2023.
Jika anda berminat untuk berkhidmat dengan KPDN dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, pastikan anda hantar permohonan melalui email sebelum tarikh tutup permohonan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Majikan: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
- Jawatan: Personel MySTEP
- Penempatan: Pejabat KPDN WP Kuala Lumpur
- Kadar Upah: RM1,500 ~ RM1,700 sebulan
- Tarikh tutup permohonan: 20 Februari 2023
JAWATAN DITAWARKAN
Berikut adalah jawatan MySTEP yang ditawarkan:
- MySTEP Pembantu Tadbir
- MySTEP Pembantu Am Pejabat
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan adalah dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
- Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Mempunyai kemahiran interpersonal yang baik
CARA MEMOHON
Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan sebelum 20 Februari 2023. Permohonan boleh dibuat dengan kemukakan resume ke alamat berikut:
- Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Negeri,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tingkat 27, Sunway Putra Tower, 100 Jalan Putra,
60622 Kuala Lumpur
ATAU
- Emel: a.firdaus@kpdn.gov.my/ m.hafiz.kpdn.gov.my/ wan@kpdn.gov.my