Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Cara Mohon Jawatan MySTEP Guru Tabika Perpaduan JPNIN, Minima SPM

Oleh Cikgu Shaari • July 28, 2022 • 2 min baca

Cara Mohon Jawatan MySTEP Guru Tabika Perpaduan JPNIN, Minima SPM
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan Personal Short Term Employment Program (MySTEP) di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) seperti yang diiklankan.

Kepada lepasan sekolah atau graduan yang sedang mencari pekerjaan dan memiliki sekurang-kurangnya SPM, JPNIN mempelawa anda untuk mohon kekosongan MyStep yang ditawarkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional
  • Nama jawatan: MyStep
  • Kelayakan diperlukan: Minima SPM / Diploma
  • Pengambilan: Ambilan Ogos
  • Penempatan: Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Pelbagai Negeri

SENARAI JAWATAN

Berikut adalah senarai jawatan MySTEP JPNIN yang ditawarkan:

  • Personal MySTEP Guru Tabika Perpaduan (Pengajaran Bahasa Tamil)

SYARAT KELAYAKAN

Calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut adalah dipelawa untuk mohon:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Memiliki kelayakan Sijil pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dan diiktiraf oleh Kerajaan dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
  • Mengambil matapelajaran Bahasa Tamil dalam SPM atau setaraf dan mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C)

DESKRIPSI TUGAS

Merancang, menyediakan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran seperti berikut:

  • Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil di kelas
  • Menyediakan bahan bantu mengajar ntuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil (mengikut kluster jawatan)
  • Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian/ Mingguan/ Bulanan/ Tahunan berkaitan dan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil
  • Memastikan keselamatan murid terjamin di dalam dan di luar kelas semasa sesi pembelajaran
  • Menjalankan kerja-kerja yang diarahkan oleh Jabatan dari semasa ke semasa

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh hubungi nombor dinyatakan mengikuti negeri berikut:

  • Perlis: 04 976 2242
  • Kedah: 04 731 0615
  • Perak: 05 254 6587
  • Selangor: 03 5518 4617
  • WP Kuala Lumpur: 03 2202 8349/ 7040
  • WP Putrajaya: 03 8883 7157
  • Negeri Sembilan: 06 763 9693
  • Melaka: 06 234 5050
  • Johor: 07 223 2007
  • Pahang: 09 5161 1533
  • Kelantan: 09 741 66260
  • Terengganu: 09 620 3105
  • Labuan: 087 413 366

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.