Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

BKM 2022: Kaedah Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia Bagi Yang Ada Akaun Bank & Tiada Akaun 

Oleh Cikgu Shaari • March 18, 2022 • 2 min baca

BKM 2022: Kaedah Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia Bagi Yang Ada Akaun Bank & Tiada Akaun 
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.

Untuk makluman anda, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuat dibuat secara berperingkat, iaitu melibatkan 4 fasa dalam setahun. Kadar bayaran bagi bagi setiap fasa adalah berbeza mengikut kategori penerima bantuan.

Kaedah pembayaran bantuan kepada penerima yang layak adalah berbeza bagi penerima yang mempunyai akaun bank dan yang tiada akaun bank. Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui kaedah bayaran BKM 2022.

KAEDAH BAYARAN BKM 2022

Kaedah bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada pemohon yang layak adalah seperti berikut:

Ada akaun bank:

  • Berjaya kredit: Kredit ke akaun bank pada tarikh yang dimaklumkan
  • Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup): Tuntutan di Cawangan BSN

Ini bermaksud, sekiranya akaun bank yang anda gunakan untuk mohon bantuan yang lepas sudah tidak aktif atau telah ditutup, anda perlu buat tuntutan wang bantuan di cawangan BSN pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

Pemohon yang mempunyai akaun bank hanya perlu menunggu wang bantuan masuk ke akaun bank seperti yang dijadualkan pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

Tiada akaun bank:

  • Tuntutan di cawangan BSN

Sekiranya pemohon tiada akaun bank, wang bantuan boleh dituntut di cawangan BSN melalui nombor siri pada tarikh yang akan dimaklumkan.

JADUAL BAYARAN BKM

Jadual bayaran BKM secara berfasa boleh disemak di bawah:

KADAR BAYARAN BKM

Kadar bayaran akan dibuat mengikut kategori seperti berikut:

Bantuan Keluarga Malaysia: Kadar Bayaran Bantuan Isi Rumah & Bujang Sehingga RM2,000

Bantuan Keluarga Malaysia: Kadar Bayaran Bantuan Isi Rumah & Bujang Sehingga RM2,000

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.