Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Tawaran Program Teknologi Kejuruteraan Buat Lepasan SPM. Elaun Bulanan & Jawatan Tetap Disediakan

Oleh Cikgu Shaari • March 14, 2022 • 2 min baca

Tawaran Program Teknologi Kejuruteraan Buat Lepasan SPM. Elaun Bulanan & Jawatan Tetap Disediakan
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Anda mencari peluang belajar secara percuma? Peluang pekerjaan untuk masa depan yang lebih terjamin?Jom sertai Program Teknologi Kejuruteraan – Fiber Optic Technician di Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)!

Program ini direka khas pencari kerja terutama belia menganggur untuk mendapatkan kemahiran yang diperlukan industrial telekomunikasi terutama dalam bidang Fiber Optik. Persijilan khas yang akan diterima akan membuka lebih peluang kerjaya dalam bidang industri telekomunikasi.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan di sini.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Program Teknologi Kejuruteraan – Fiber Optic Technician
  • Anjuran: Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)
  • Tempoh latihan: 6 minggu
  • Lokasi pengajian: Shah Alam
  • Penempatan kerja: Jawatan tetap di Syarikat Eco Next Technologies Sdn Bhd
  • Tarikh program: Mulai 21 Mac 2022

PERSIJILAN PROFESIONAL

Program latihan ini menyediakan persijilan profesional seperti berikut kepada peserta:

  • Certificate II In Engineering technology, BoxHill Australia
  • Sijil Professional NIOSH TM
  • Sijil CA TM

KELEBIHAN PROGRAM

Latihan ini menawarkan kelebihan berikut kepada peserta yang berkelayakan:

  • Yuran pengajian ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia
  • Tempoh pengajian 6 minggu sahaja
  • Elaun sara hidup bulanan RM300 disediakan sepanjang tempoh program
  • Peluang pekerjaan tetap di industri yang terpilih – Gaji bermula dari RM1,500

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran program adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur di antara 18 hingga 30 tahun
  • Minima SPM
  • Sihat tubuh badan
  • Tidak bekerja sewaktu berlangsungnya program

CARA DAFTAR

Berminat dengan program ditawarkan dan ingin dapatkan peluang penempatan pekerjaan melalui program ini? Jika anda berkelayakan, anda boleh buat pendaftaran dan dapatkan maklumat lanjut program melalui talian berikut:

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.