Cara Uji Hand Sanitizer Ori atau Tak, Sila Buat Test Mudah Ini

Dalam keadaan penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat ini, masyarakat mula sedar tentang pentingnya menjaga kebersihan dan mengambil langkah pencegahan untuk mengelakkan virus yang merbahaya ini. Di saat genting ini, penggunaan hand sanitizer menjadi barang yang sangat penting dan wajib setiap orang perlu ada setiap masa terutama bila di berada luar.

Kesedaran masyarakat tentang pentingnya mencuci tangan dan menggunakan hand sanitizer apabila berada di luar menyebabkan permintaan bagi barangan ini meningkat secara mendadak. Hand sanitizer di pasaran seperti farmasi juga mula berkurangan dan kadang kala sehingga kehabisan stok.

Dalam keadaan ini, tidak hairanlah ada pihak yang mengambil kesempatan dalam situasi sebegini. Seperti kita dapat lihat, semakin banyak syarikat dan individu yang menjual hand sanitizer dan tidak kurang juga ada yang menghasilkannya sendiri untuk dijual.

Oleh itu kita sebagai pengguna perlulah tahu sama ada hand sanitizer yang dibeli itu betul-betul berkesan untuk membasmi kuman atau hanyalah cecair yang tidak berkesan semata-mata.

Ikuti perkongsian di bawah bagi mengetahui cara menguji hand sanitizer  untuk ketahui keberkesanannya.

CARA UJI KEBERKESANAN HAND SANITIZER

Caranya mudah sahaja, iaitu:

  • Tuang dan gosok gel alkohol yang ingin diuji di atas kertas resit (berdakwat)
  • Lihat perubahannya.
  • Gel alkohol yang mempunyai peratus tinggi iaitu 70% ke atas mampu memudarkan dakwat resit dengan ketara.
    * Hal ini kerana kandungan alkohol yang tinggi mampu mencairkan dakwat atas tindakan kimia itu sendiri
  • Manakala cecair yang tidak mengandungi alkohol hanya memudarkan sedikit dakwat resit atau hampir tidak memberi kesan langsung.

Lihat perkongsian di bawah untuk rujukan cara uji hand sanitizer anda.

Cara Uji Hand Sanitizer Ori atau Tak, Sila Buat Test Mudah Ini

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam menguji dan memastikan hand sanitizer yang anda gunakan betul-betul berkesan kerana tidak dinafikan ada peniaga yang ingin mengambil kesempatan dengan menjual cecair yang tiada kandungan yang sepatutnya. Selamat beramal!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma