Senarai 10 Makanan Yang Boleh Tingkatkan Imun Diri Dari Serangan Virus!

Penularan wabak Covid-19 di negara kita telah memberi kesedaran kepada kita semua untuk sentiasa menjaga kesihatan dan mengambil langkah-langkah pencegahan daripada terjangkit dengan virus berbahaya itu. Pasti ramai yang mencari pelbagai alternatif bagi mencegah jangkitan virus tersebut.

Salah satu caranya adalah dengan meningkatkan sistem imunisasi diri bagi mencegah diri dari dijangkiti virus. Tahukah anda bahawa anda juga boleh meningkatkan imunasi diri adalah menerusi makanan yang sebenarnya kebanyakannya makanan harian anda?

Ketahui 10 jenis makanan ini yang mampu meningkatkan sistem imun diri di perkongsian di bawah.

10 JENIS MAKANAN ELAK VIRUS

1. Bawang Putih

Senarai 10 Makanan Yang Boleh Tingkatkan Imun Diri Dari Serangan Virus!-2

Ramai yang tidak tahu bahawa bawang putih dapat membantu meningkatkan imun sistem diri kerana kaya dengan sebatian sulfur yang dikenali sebagai allicin yang dapat melindungi diri dari terkena penyakit selesema dan penyakit lain.

Bawang putih juga sangat berkesan dalam membantu mengurangkan masalah tekanan darah dan juga melambatkan saluran darah menjadi keras.

2. Kunyit

Senarai 10 Makanan Yang Boleh Tingkatkan Imun Diri Dari Serangan Virus!-2

Pasti ramai yang sudah tahu bahawa kunyit sangat terkenal dalam dunia perubatan kerana fungsinya yang berkesan sebagai anti radang, yang dapat merawat penyakit seperti osteoarthritis, rheumatoid arthritis dan juga mengurangkan kecederaan otot.

Oleh itu, anda boleh tingkatkan imunisasi dengan menggunakan kunyit dalam masakan di rumah seperti masakan singgang.

3. Shellfish

Senarai 10 Makanan Yang Boleh Tingkatkan Imun Diri Dari Serangan Virus!-2

Pasti ramai yang suka makan shellfish bukan? Shellfish merupakan salah satu menu terbaik bagi meningkatkan sistem imun dalam tubuh, ini kerana shellfish dapat membekalkan kandungan zinc yang diperlukan oleh tubuh kita.

Antara jenis-jenis shellfish yang bagus untuk tingkatkan sistem imunisasi diri adalah ketam, kerang, udang karang dan juga kupang.

4. Bayam

Senarai 10 Makanan Yang Boleh Tingkatkan Imun Diri Dari Serangan Virus!-2

Sayur bayam sangat membantu dalam meningkatkan sistem imun diri kerana ianya kaya dengan antioksidan, vitamin C, vitamin E, beta carotene dan juga flavonoids.

5. Halia

Senarai 10 Makanan Yang Boleh Tingkatkan Imun Diri Dari Serangan Virus!-2

Mungkin ramai yang menggunakan halia dalam masakan harian dan tahu bahawa hali bagus dalam mengeluarkan angin dalam badan. Selain itu, halia sebenarnya merupakan sumber alam semula jadi yang dapat memanaskan badan dan bagus untuk kesihatan.

Rasa nak muntah, kulit merah-merah kerana radang, sakit tekak, mempunyai penyakit kronik dan sebagainya, maka halia adalah ubat terbaik bagi mengurangi masalah yang dihadapi.

6. Kekacang

Senarai 10 Makanan Yang Boleh Tingkatkan Imun Diri Dari Serangan Virus!-2

Pasti ramai yang menjadikan kekacang sebagai makanan kunyahan kegemaran. Namun sebenarnya dalam tidak sedar ia banyak memberi manfaat dalam diri miliki daya imunisasi diri yang kuat dan dapat menentang dari serangan bakteria dan virus.

Kekacang seperti badam, almond dan biji benih matahari (kuaci) sangat bagus untuk meningkatkan sistem imun diri, kerana ia kaya dengan vitamin E, phosphorous, magnesium, dan vitamin B-6.

7. Buah-Buahan Sitrus

Senarai 10 Makanan Yang Boleh Tingkatkan Imun Diri Dari Serangan Virus!-2

Semua orang tahu bahawa buah-buahan sangat bagus untuk dalam kita. Setiap buah-buahan mempunyai vitaminnya tersendiri yang ramai tidak tahu fungsinya.Fungsi buah-buahan sitrus dapat meningkatkan penghasilan sel darah putih dan juga dapat membekalkan vitamin C pada tubuh bagi melawan penyakit dan virus.

Antara beberapa jenis buah-buahan sitrus yang bagus untuk kamu makan seperti buah lemon, limau kasturi, buah anggur, buah oren, dan buah limau.

8. Lada Merah

Senarai 10 Makanan Yang Boleh Tingkatkan Imun Diri Dari Serangan Virus!-2

Lada merah pula mengandungi dua kali ganda jumlah kandungan vitamin C dan ia juga sangat kaya dengan kandungan beta carotene. Kedua-dua kandungan ini dapat membantu menyihatkan kesihatan kulit, mata dan juga sistem imunisasi diri.

9. Yogurt

Senarai 10 Makanan Yang Boleh Tingkatkan Imun Diri Dari Serangan Virus!-2

Yogurt mengandungi bakteria kultur hidup yang bagus bagi meningkatkan sistem imunisasi diri dan ia juga sangat kaya dengan vitamin D yang berfungsi meningkatkan benteng pelindung diri dari serangan penyakit dan virus dari dalam.

10. Ubi Keledek

Senarai 10 Makanan Yang Boleh Tingkatkan Imun Diri Dari Serangan Virus!-2

Jika anda suka makan ubi keledek yang berwarna oren, teruskan sukakannya kerana ubi keledek tersebut sangat bagus dan berkesan bagi meningkatkan sistem imun diri. Ubi keledek kaya dengan beta carotene yang merupakan sumber vitamin A, yang dapat membantu menyihatkan kulit dan juga melindungi kulit dari sinaran ultraviolet (UV).

Dalam menghindarkan diri daripada jangkitan virus Covid-19 yang sedang giat menular sekarang, selain daripada dengan ubat-ubatan anda juga boleh menggunakan sumber semula jadi seperti yang disenaraikan di atas sebagai alternatif untuk meningkatkan imun diri.

Sesungguhnya mencegah adalah lebih baik daripada mengubat. Semoga maklumat yang dikongsikan dalam membantu anda semua dalam menjaga kesihatan diri. Selamat beramal!