Syarat Kelayakan Minimum Bagi Mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma & Sijil
Anda berminat untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Sijil di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM)? Calon yang berjaya dipilih latihan ini akan mengikuti Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) dan Graduan Latihan Separa Perubatan berpeluang ditawarkan pelantikan tetap tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa.
Permohonan bagi sesi pengambilan Latihan Separa Perubatan dibuka dua kali setahun iaitu bagi kemasukan Januari dan Julai. Bagi yang berminat nak mohon, pastikan anda semak syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum buat permohonan bagi melayakkan diri dapat penempatan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak kelayakan minimum bagi mengikuti Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma dan Sijil untuk pelantikan dalam perkhidmatan awam.
Isi Kandungan
MAKLUMAT LATIHAN
- Nama program: Latihan Separa Perubatan
- Kendalian: Kementerian Kesihatan Malaysia
- Penempatan latihan: Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM)
- Tempoh latihan: 3 tahun bagi Diploma / 2 tahun bagi Sijil
- Pengambilan: Januari dan Julai setiap tahun
10JENIS LATIHAN SEPARA PERUBATAN YANG DITAWARKAN
Terdapat 2 jenis Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan iaitu:
- Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Tempoh Latihan: 3 tahun)
- Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil (Tempoh Latihan: 2 tahun)
SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK
Berikut adalah syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma dan Sijil untuk pelantikan dalam perkhidmatan awam:
Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma
Latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil
CARA MOHON LATIHAN SEPARA PERUBATAN
Sekiranya anda berminat untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma atau Sijil dan memenuhi syarat kelayakan akademik seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan secara online di laman SPA9 bila bila masa sahaja. Namun, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan memaklumkan iklan pengambilan dari masa ke semasa apabila dibuka nanti.
Rujuk panduan lengkap buat permohonan Latihan Separa Perubatan melalui laman SPA9 di bawah: