Temuduga Terbuka Toyota Minima Kelayakan SPM/SPMV. Gaji Bulanan RM2,000++ & Pelbagai Faedah
Toyota Motor Corporation (Toyota) sedang mencari calon lelaki warganegara Malaysia yang merupakan lepasan sekolah atau individu berkemahiran untuk hadir temuduga terbuka bagi memohon jawatan Operator Pengeluaran.
Individu yang berminat untuk bekerja dengan syarikat Toyota boleh hadir ke lokasi temuduga pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Pelbagai manfaat jadi pekerja pengeluaran Toyota serta pelbagai jenis elaun yang ditawarkan, jangan lepaskan peluang ini!
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut temuduga terbuka bagi jawatan Operator Pengeluaran di Toyota.
Isi Kandungan
FAEDAH & KEMUDAHAN DISEDIAKAN
Berikut adalah senarai faedah dan kemudahan yang disediakan kepada pekerja yang berjaya mendapat penempatan kerja di Toyota:
- Rawatan perubatan percuma
- Insurans hayat dan hospital
- Kemudahan kantin dan surau
- Kemudahan klinik & staff shop
- Minuman pagi percuma
Bukan itu sahaja, antara kelebihan pekerja Toyota adalah:
- Gaji yang kompetitif
- Kerja 5 hari seminggu
- Caruman KWSP dan PERKESO
- Bonus tahunan
- Pakaian seragam PERCUMA
- Faedah perubatan dan lain-lain lagi
ELAUN DITAWARKAN
Selain daripada gaji yang lumayan, pekerja juga akan menikmati pelbagai elaun bulanan seperti berikut:
- Kedatangan
- Datang awal
- Shift
- Makan
- Kerja
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan adalah terbuka kepada individu yang berkelayakan seperti berikut:
- SPM/ SPMV
- Boleh bekerja syif
- Berumur 18 – 35 tahun
- Sihat tubuh badan serta mempunyai rekod perubatan yang baik
DOKUMEN PERLU DIBAWA
Calon yang berminat mestilah hadir ke temuduga terbuka bersama-sama dokumen berikut:
- 3 salinan kad pengenalan
- 2 keping gambar
- Penyata KWSP
- 1 salinan Buku/ Penyata CIMB
- 1 salinan sijil SPM/ SKM/ sijil berhenti sekolah
- 1 salinan sijil perkahwinan (jika berkaitan)
- 1 salinan kad pengenalan isteri dan anak (jika berkaitan)
- 1 salinan lesen kereta
LOKASI & WAKTU TEMUDUGA TERBUKA
Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan, anda boleh hadir ke temuduga terbuka di lokasi dan waktu yang ditetapkan berikut:
- Lokasi: Toyota Assembly Services Sdn Bhd, Bukit Raja, Selangor
- Hari temuduga: Setiap hari Isnin & Rabu
- Masa: 10 pagi – 12 tengahari
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan temuduga terbuka yang ditawarkan, anda boleh hubungi En Fahmi di talian 012 37844288 atau En. Adam di talian 010 8210427.