Permohonan Skim Bantuan Peralatan Perniagaan (SKIPP) Dibuka Buat Wanita, Belia & OKU
Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) kini telah membuka permohonan bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan peralatan perniagaan menerusi Skim Bantuan Peralatan Perniagaan (SKIPP). Skim bantuan ini sekaligus mensasarkan rakyat Negeri Johor terlibat secara aktif dalam perniagaan.
Yayasan ini berperanan untuk merangka dan merancang pelbagai program bertujuan untuk membantu meningkatkan pengetahuan masyarakat terutama dalam kalangan ibu bapa dan anak-anak berkaitan komunikasi dan cara-cara berkesan dalam membentuk institusi keluarga yang bahagia dan harmoni.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Skim Bantuan Peralatan Perniagaan (SKIPP) dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
GOLONGAN SASARAN
Permohonan adalah terbuka kepada semua golongan berikut:
- Ibu Tunggal & Wanita B40 (Berumur 18 hingga 64 tahun) + (Mempunyai Surat Pengesahan Ibu Tunggal/ Sijil Kematian Suami/ Sijil Penceraian)
- Belia B40 (Wanita & Lelaki) Berumur 18 hingga 40 tahun
- Orang Kurang Upaya (Wanita & Lelaki) Berumur 18 hingga 60 tahun & mempunyai Sijil Pendaftaran OKU/ Kad OKU di bawah JKM
SYARAT KELAYAKAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Warganegara Malaysia
- Kelahiran Negeri Johor / Bermastautin di Negeri Johor melebihi 5 tahun
- Mempunyai pendapatan bulanan bagi kategori B40 yang tidak melebihi RM4850 sebulan
- Pemohon masih aktif dan mampu bekerja dan mengembangkan perniagaan
- Telah menjalankan sebarang aktiviti perniagaan di rumah atau mempunyai premis perniagaan sendiri
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang telah/ pernah mengikuti program/ kursus anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim
- Pertimbangan akan diberikan kepada pemohon yang belum/ tidak pernah mengikuti program/ kursus anjuran YPKDT berpandukan beberapa terma dan syarat
- Telah mendaftar sebagai golongan sasar (Ibu tunggal, wanita, belia &OKU B40) di bawah SMART (Sistem Maklumat Golongan Sasar ) YPKDT menggunakan borang SMART
KAEDAH PERMOHONAN
Bagi individu yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, anda boleh buat permohonan dengan ikut panduan berikut:
- Muat turun Borang SMART (Borang Maklumat Golongan Sasar )YPKDT melalui laman web rasmi YPKDT di pautan www.ypkdt.org.my atau di bawah perkongsian ini
- Lengkapkan Borang SMART beserta lampiran dokumen yang telah disahkan dan hantar kepada Pejabat YPKDT yang berdekatan (Semak Senarai Pejabat YPKDT berdekatan)
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Mac 2022 (Selasa)
- Permohonan yang LULUS akan dihubungi dalam tempoh 2 bulan. Sekiranya pemohon tidak menerima makluman dalam tempoh 2 bulan, permohonan anda TIDAK BERJAYA.
BORANG MAKLUMAT GOLONGAN SASAR YPKDT (SMART)
SALINAN DOKUMEN SAH
Permohonan mestilah lengkap disertakan bersama dokumen-dokumen yang sah berikut:
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan
- Sekeping gambar berukuran passport
- Surat Pengesahan Ibu Tunggal/ Salinan Sijil Kematian Suami/ Sijil Penceraian (Ibu Tungga)
- Salinan Kad Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU)/ Kad OKU di bwah JKM
- Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM) – Sekiranya ada)
- Salinan Slip Gaji terkini (jika masih bekerja beserta cop pengesahan majikan)
- Pengesahan Pendapatan Bulanan Oleh Penghulu/ Ketua Masyarakat/ Pegawai Daerah/ Ketua Jabatan atau mana-mana Pegawai Kerajaan @ Golongan Profesional (Sekiranya tiada slip gaji)
- Beberapa keping gambar produk, premis atau kedai dan perniagaan sedia ada.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Skim Bantuan Peralatan Perniagaan (SKIPP) yang ditawarkan, anda boleh hubungi YPKDT berdekatan anda atau terus ke laman web rasmi http://ypkdt.org.my/.