Daftar Mini Karnival Kerja Khas Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2022, Pelbagai Peluang Kerjaya Menanti

Panggilan buat para pencari kerja yang masih menganggur dan berminat nak bekerja dalam pelbagai bidang! Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2022, PERKESO WP Kuala Lumpur akan menganjurkan Mini Karnival Jom Kerja Khas bagi membantu pencari kerja mendapatkan peluang pekerjaan dan mengisi pelbagai kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh pelbagai majikan.

Pencari kerja yang berminat nak ikuti temuduga khas ini boleh buat pra-pendaftaran terlebih dahulu sebelum 26 Februari 2022. Temuduga secara terbuka akan dilaksanakan pada 26 Februari 2022 bagi di lokasi yang ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kerja yang ditawarkan dan cara buat pra-pendaftaran

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Mini Karnival Jom Kerja Khas Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2022
  • Anjuran: PERKESO Kuala Lumpur
  • Tarikh: 26 Februari 2022
  • Masa: 10 pagi hingga 4 petang
  • Lokasi:  Dewan Serbaguna Desa Rejang, Setapak Kuala Lumpur

SENARAI MAJIKAN TERLIBAT

Antara majikan yang terlibat dalam menawarkan jawatan kosong adalah:

ELAUN MENCARI PEKERJAAN

Elaun Mencari Pekerjaan akan diberikan kepada mereka yang berdaftar di bawah platform MYFutureJobs sebanyak:

  • RM300 x 2 bulan

Sekiranya pencari kerja kembali bekerja dalam tempoh menerima Elaun Mencari Pekerjaan dan menghadiri sekurang-kurangnya 1 temu duga dalam tempoh menerima Elaun Mencari Kerja, anda akan terima:

  • RM400 secara one-off

Rujuk: Panduan Pendaftaran Elaun Mencari Pekerjaan

CARA DAFTAR

Pencari kerja yang berminat untuk sertai karnival kerjaya sempena Hari Wilayah Persekutuan 2022 tersebut boleh buat pra-pendaftaran terlebih dahulu sebelum hadir ke temuduga terbuka. Pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran online berikut

Borang ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat pra-pendaftaran calon yang akan menghadiri program MIni Karnival Jom Kerja Sempena Hari Wilayah 2022 Anjuran PERKESO WPKL.

Calon diminta untuk bawa bersama resume/ CV semasa menghadiri sesi temuduga nanti.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Cik Thivyah di talian 019 292 7327 atau Puan Nurhafizah di talian 019 611 5473.

SENARAI JAWATAN

Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan:

 

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma