Permohonan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia RM3000 One-Off Dibuka Buat Perniagaan Informal & Mikro

Kerajaan komited menyediakan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang komprehensif bagi meringankan beban rakyat yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda negara. Mengambil kira cabaran yang dihadapi Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS) yang terkesan ekoran banjir untuk memulihkan perniagaannya dan beroperasi semula, Kerajaan telah memutuskan untuk menambahbaik bantuan kepada perniagaan tersebut.

Kerajaan akan memberi geran bantuan melalui TEKUN Nasional kepada setiap perniagaan mikro dan informal yang terjejas akibat banjir dengan peruntukan disediakan sebanyak RM50 juta yang bakal memanfaatkan lebih 15,000 perniagaan mikro dan informal.

Permohonan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia oleh TEKUN kini dibuka. Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut geran yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.

GERAN BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA TEKUN NASIONAL

Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia merupakan bantuan berbentuk geran yang diberikan kepada peniaga informal dan mikro yang mana premis perniagaan mereka terjejas akibat banjir pada Disember 2021 dan Januari 2021 bagi memulihkan perniagaan dan beroperasi semula.

  • Kadar geran: RM3,000 secara one-off (Tidak perlu bayar balik)

Perniagaan informal: Perniagaan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa tempatan (PBT).

Perniagaan mikro: Perniagaan yang berdaftar dengan jualan kurang daripada RM300,000 setahun atau bilangan pekerja kurang daripada 5 orang.

SYARAT KELAYAKAN

Geran bantuan ini disediakan kepada peniaga informal dan mikro yang terjejas dengan banjir serta berkelayakan:

  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Terbuka kepada warganegara Malaysia tanpa mengira kaum
  • Bukan usahawan TEKUN juga layak mohon
  • Premis perniagaan (termasuk menjalankan perniagaan di rumah) yang terlibat dengan banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022 sahaja
  • Premis perniagaan yang terputus hubungan tapi tidak terlibat dengan banjir adalah TIDAK LAYAK
  • Rumah kediaman terjejas akibat banjir adalah TIDAK LAYAK
  • Usahawan TEKUN dan AIM tidak perlu mengisi borang Google Form

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan bagi memohon geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Penyata Bank individu
  • Salah satu daripada laporan berikut:
    Laporan Polis/ Bomba/ NADMA/ Agensi MEDAC/ Pemimpin Tempatan/ Penghulu/ Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)/ Ketua Kaum (Sabah dan Sarawak)/ Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil/ Dewan Perniagaan

CARA MOHON

Sekiranya anda merupakan usahawan informal atau mikro yang terjejas akibat banjir serta berkelayakan seperti yang dinyatakan, permohonan geran yang dibayar secara one-off ini boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan online di pautan berikut:

Proses kelulusan adalah dalam masa 7 hari bekerja selepas menerima permohonan lengkap. Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia adalah terbuka sepanjang masa dan tertakluk kepada baki dana.

Baca juga: Penambahbaikan Bantuan Kerajaan Bagi Pemulihan Usahawan PKS Yang Terjejas Banjir

Usahawan TEKUN sedia ada dan juga merupakan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang terlibat dengan banjir tidak perlu mengisi borang permohonan ini. Permohonan anda akan dibuat melalui Pejabat Cawangan TEKUN dan AIM masing-masing.

Untuk maklumat lengkap Pejabat Cawangan TEKUN di seluruh negara, anda boleh layari laman rasmi TEKUN di www.tekun.gov.my.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma