Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Anda Suka Gigit Kuku? COVID-19 Merupakan Masa Sesuai Untuk Anda Hentikan Tabiat Ini. Tolong Beritahu Kawan Anda

Oleh eduadmin • March 21, 2020 • 3 min baca

Anda Suka Gigit Kuku? COVID-19 Merupakan Masa Sesuai Untuk Anda Hentikan Tabiat Ini. Tolong Beritahu Kawan Anda
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Siapa di antara anda yang mempunyai tabiat menggigit kuku? Bagi yang gemar menggigit kuku, selepas anda membaca semua fakta ini mungkin anda akan berusaha untuk meninggalkan ‘habit’ ini.

Kekalkan kebersihan tangan, kerap basuh tangan, guna hand sanitizer dan sebagainya merupakan amalan wajib semasa penularan virus COVID-19. Ini termasuk penjagaan bawah kuku anda.

Bakteria atau virus bukan sahaja merebak hanya melalui sentuhan, malahan lebih dari itu ia boleh kekal di bawah kuku kita. Jadi, penjagaan kuku yang rapi adalah hal yang perlu anda ambil berat.

Jadi, bukan sahaja cuci tangan, malahan anda perlu cuci kuku anda. Kekalkan ia bersih selalu.

COVID-19: TINGGALKAN TABIAT MENGIGIT KUKU ANDA SEKARANG

TAbiat Gigit Kuku

Kepada yang suka gigit kuku pula, sekarang merupakan masa terbaik untuk anda berhenti. Tinggalkan terus tabiat itu.

Di dalam tempoh penularan virus COVID-19, anda dinasihatkan untuk tidak menyentuh kawasan sensitif seperti mata, hidung atau mulut sekiranya anda tidak membersihkan tangan anda. Ini kerana virus lebih mudah menjangkiti kawasan tersebut.

Apabila anda gigit kuku dalam keadaan tangan yang tidak bersih. Maka, secara tidak langsung anda terus “makan” bakteria yang berada di bawah kuku anda. Bukan sahaja COVID-19 yang serius malahan virus dan bakteria lain yang berada di bawah kuku anda.

Ouch… nampak teruk bukan?

Tabiat gigit kuku merupakan habit buruk yang perlu anda tinggalkan. Bukan sahaja disebabkan virus COVID-19. Ia untuk kesihatan anda secara keseluruhannya.

Di bawah merupakan antara sebab lain anda perlu tinggalkan tabiat gigit kuku ini.

1 Tempat bakteria dan kulat

Sebenarnya, di bawah kuku kita terdapat banyak bakteria dan kulat. Kalau anda menggigit kuku, sudah tentulah semua bakteria ini akan terus masuk ke dalam mulut anda tanpa anda sedar. Jadi, untuk mengelakkan anda diserang penyakit disebabkan ‘bad habit’ tersebut, berhentilah menggigit kuku anda dari sekarang.

2 Jangkitan kulit

Menurut ‘American Academy of Dermatology (AAD)’, orang yang menggigit kuku ini mudah terdedah kepada “paronychia, iaitu sejenis jangkitan kulit yang berlaku di sekitar kuku anda. Semasa anda mengunyah kuku, bakteria, yis, dan mikroorganisma lain boleh masuk melalui air liur, dan membawa kepada bengkak, kemerahan dan nanah di sekeliling kuku anda.

3 Masalah Gigi

Gigi anda mungkin beralih dari kedudukannya yang betul, menjadi rosak, dan menjadi lemah jika anda menggigit kuku anda dari masa ke semasa. Anda nak gigi rosak hanya disebabkan tabiat buruk yang anda tak nak tinggalkan?

4 Ganggu Pertumbuhan Kuku

Anda boleh menganggu pertumbuhan kuku anda sekiranya anda asyik gigit kuku sahaja. Bila masa kuku anda akan tumbuh dengan baik dan sempurna sekiranya anda asyik gigit sahaja. Dah tentu pertumbuhan kuku anda akan terganggu. Nak kah kuku anda rosak?

TAK BOLEH BERHENTI GIGIT KUKU! SAYA KETAGIH

Kepada yang tak boleh buang tabiat gigit kuku, pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan tangan dan kuku anda sebelum anda teruskan tabiat anda.

Cuci Kuku

Gunakan berus untuk mencuci bahagian di bawah kuku anda supaya segala virus dan bakteria dapat dihindari.

Sentiasa kekalkan kuku anda pendek. Pentiasa pastikan kuku telah dipotong pendek dan kelihatan bersih serta nampak kemas.

Penulis

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.