Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Tawaran Rumah Sewa MAIS Serendah RM500 Buat Penjawat Awam & Pekerja Swasta

Oleh Cikgu Shaari • February 17, 2022 • 2 min baca

Tawaran Rumah Sewa MAIS Serendah RM500 Buat Penjawat Awam & Pekerja Swasta
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menawarkan rumah sewa milik agensi itu pada kadar sewa bulanan serendah RM500 sebulan kepada pemohon yang layak. Tawaran rumah sewa ini terbuka kepada semua orang tetapi keutamaan akan diberikan kepada pemohon beragama Islam.

Tawaran rumah sewa dengan kadar yang amat murah ini adalah salah satu usaha MAIS membantu pemulihan ekonomi masyarakat terutamanya yang terjejas dari segi pendapatan akibat Covid-19. Rumah sewa yang disediakan berkeluasan 600 kaki persegi dengan pelbagai kemudahan yang disediakan!

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut rumah sewa yang ditawarkan oleh MAIS dan panduan buat permohonan.

KADAR SEWA RUMAH MAIS

MAIS menawarkan sewa rumah miliknya pada kadar:

  • RM500 sebulan bagi penjawat awam
  • RM600 pekerja swasta

KRITERIA RUMAH SEWA MAIS

Berikut adalah kriteria rumah sewa MAIS yang ditawarkan:

  • Sewaan kediaman di Wisma MAIS, Seksyen 3
  • 660 kaki persegi
  • 3 bilik tidur
  • 2 bilik air

KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Antara kemudahan yang disediakan di rumah sewa MAIS yang ditawarkan adalah:

  • Kawalan Keselamatan 24 jam & sistem CCTV
  • 220 parkir terbuka percuma
  • Surau, Perpustakaan Wakaf, ATM Bank Islam
  • Pelbagai Restoran Makanan & Kedai keperluan harian

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan rumah sewa MAIS adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Pemohon sudah berkeluarga
  • Mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM5,000
  • Bekerja di Selangor

CARA MOHON

Pihak yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan boleh memuat turun Borang Permohonan Sewaan di laman web berikut:

Untuk pertanyaan lanjut berkenaan tawaran rumah sewa MAIS, anda boleh hubungi Arzlan di talian 019 2640631. Pastikan anda buat permohonan segera yang kerana unit kekosongan adalah terhad!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.