Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Permohonan Bantuan Komputer Riba Khas Untuk Anak Negeri Johor

Oleh Cikgu Shaari • February 17, 2022 • 2 min baca

Permohonan Bantuan Komputer Riba Khas Untuk Anak Negeri Johor
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Panggilan buat pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang tiada komputer riba dan berkelayakan serta berasal dari Negeri Johor. Anda dipelawa untuk memohon bantuan komputer riba ini. Bantuan komputer riba ini disumbangkan oleh Majlis Agama Islam Johor dengan kerjasama Unit Zakat & Kebajikan Pusat Islam UTM Johor.

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara atas talian. Pelajar UTM yang beragama Islam dan memerlukan bantuan ditawarkan untuk kemudahan pembelajaran boleh buat permohonan sebelum permohonan ditutup.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Bantuan Komputer Riba Pelajar khas untuk anak negeri Johor dan cara buat permohonan.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan Bantuan Komputer Riba Pelajar boleh dibuat sehingga tarikh berikut:

  • Tarikh tutup: 17 Februari 2022 (jam 11.59 malam)

SYARAT PERMOHONAN

Permohonan adalah dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Beragama Islam sahaja
  • Mestilah berasal dari negeri Johor
  • Keutamaan diberikan kepada pelajar tahun 1 dan 2
  • Pendapatan keluarga dibawah RM4,000 (B40 menjadi keutamaan)
  • Tiada penajaan atau pinjaman
  • Mempunyai alasan yang kukuh untuk memohon bantuan ini
  • Keutamaan adalah untuk pelajar yang tidak mempunyai komputer riba sahaja (jika rosak akan dipertimbangkan)

CARA MOHON

Sekiranya anda berkelayakan dan memerlukan bantuan komputer riba yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan selewat-lewatnya pada tarikh tutup yang dinyatakan. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara atas talian di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus hubungi Admin Zakat di talian 019 6861361.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.