Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Gaji Minimum Pekerja Aeon Dinaikkan Kepada RM1500 Tidak Termasuk Elaun & Insentif Lain

Oleh Cikgu Shaari • February 16, 2022 • 2 min baca

Gaji Minimum Pekerja Aeon Dinaikkan Kepada RM1500 Tidak Termasuk Elaun & Insentif Lain
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2022 lalu, rangkaian pasar raya terkemuka Aeon telah meningkatkan gaji minimum pekerja kepada RM1,500 sebulan berbanding RM1,200 sebelum ini. Ketua Pegawai Sumber Manusia Dan Pengarah Komunikasi Korporat Aeon Co (M) Bhd dan Aeon Big (M) Sdn Bhd memaklumkan gaji minimum tersebut merupakan gaji asas.

Kenaikan gaji minimum daripada RM1,100 kepada RM1,200 dilaksanakan kerajaan pada 1 Februari 2020 semasa pembentangan Bajet 2020. Walaubagaimanapun, kerajaan masih belum ada makluman rasmi kenaikan gaji minimum pekerja bagi tahun 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kenaikan gaji minimum pekerja Aeon seperti yang dimaklumkan.

KADAR GAJI MINIMUM PEKERJA AEON

Kenaikan gaji minimum pekerja Aeon mulai 1 Januari 2022  adalah daripada RM1,200 kini dinaikkan kepada:

  • RM1,500

Gaji minimum ditetapkan pada kadar tersebut merupakan gaji asas, tidak termasuk elaun dan insentif lain.

PEKERJA TERBABIT

Untuk makluman anda, kenaikan gaji minimum kepada RM1,500 adalah membabitkan pekerja:

  • Pekerja Gred G

MATLAMAT KENAIKAN GAJI MINIMUM AEON

Seperti yang dinyatakan oleh pihak Aeon, matlamat utama kenaikan gaji minimum pekerja adalah:

  • Selari dengan inisiatif Lestari Aeon Sayap Bagimu yang menyasarkan untuk menyediakan peluang, dorongan serta sokongan kepada pihak berkepentingan terutama mereka yang memerlukan
  • Mengambil kira kepentingan serta kebajikan pekerja
  • Mendukung saranan kerajaan tentang kenaikan gaji minimum

Semoga kenaikan kadar gaji minimum pekerja oleh pihak Aeon ini dapat memberi kesenangan kepada pekerja Gred G di pasar raya tersebut. Orang ramai yang sedang mencari kerja boleh cuba mohon penempatan kerja di pasar raya Aeon sekarang!

Untuk maklumat lanjut berkenaan kerjaya di Aeon, anda boleh terus ke laman web rasmi aeonretail.com.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.