Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Contoh Surat Permohonan Rayuan Pertukaran Cawangan/ Jabatan/ Negeri Serta Panduan Buat Rayuan

Oleh Cikgu Shaari • September 28, 2022 • 2 min baca

Contoh Surat Permohonan Rayuan Pertukaran Cawangan/ Jabatan/ Negeri Serta Panduan Buat Rayuan
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Nak buat permohonan rayuan untuk pertukaran penempatan cawangan/ jabatan/ negeri? Selain daripada buat surat untuk rayuan pertukaran penempatan, anda mestilah buat permohonan dengan ikut prosedur yang betul. Surat rayuan yang dibuat mestilah surat rasmi mengikut format yang betul.

Pastikan alasan untuk bertukar tempat kerja adalah kukuh seperti ingin menambah pengalaman baru, ingin dekat dengan keluar atau pelbagai alasan lain yang munasabah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan buat permohonan rayuan pertukaran cawangan/ jabatan/ negeri serta contoh surat rasmi yang lengkap untuk rujukan.

PANDUAN MOHON PERTUKARAN PENEMPATAN

Berikut adalah panduan membuat permohonan rayuan pertukaran penempatan kerja:

  1. Bertanya kepada Pengurus Sumber Manusia mengenai proses urusan pertukaran.
  2. Minta khidmat nasihat daripada Pengurus Sumber Manusia mengenai pertukaran anda.
  3. Nyatakan alasan serta sebab yang kukuh untuk membuat pertukaran.
  4. Buat surat rayuan pertukaran dengan format yang betul dan menggunakan format surat formal.
  5. Emel kepada Pengurus Sumber Manusia atau hantar sendiri.
  6. Buat 1 salinan surat rayuan pertukaran untuk simpanan anda sendiri.
  7. Pastikan anda mendapat maklumbalas daripada bahagian Sumber Manusia mengenai kelulusan pertukaran anda.

FORMAT SURAT PERMOHONAN RAYUAN

Surat permohonan rayuan mestilah mengikut format yang betul iaitu seperti berikut:

  • Nama dan alamat pengirim.
  • Nama dan alamat penerima
  • Tarikh.
  • Tajuk utama surat rayuan.
  • Isi kandungan.
  • Penutup.
  • Tandatangan.
  • Nama pengirim.

CONTOH SURAT PERMOHONAN RAYUAN PERTUKARAN PENEMPATAN KERJA

Anda boleh rujuk contoh di bawah untuk contoh surat permohonan rayuan pertukaran penempatan kerja:

Pastikan anda memberikan alasan yang kukuh untuk membuat pertukaran di cawangan, jabatan atau negeri yang lain. Sekiranya bahagian sumber manusia atau pengurus cawangan boleh memberikan solusi yang terbaik dalam proses rayuan pertukaran, sila ikuti saranan mereka.

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.