Cara Minta Kredit Refund Air Asia Untuk Tunda Penerbangan Anda Dengan 15 Step Mudah
Sebelum keluarnya Perintah Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan berikutan dengan penularan wabak Covid-19 yang masih meningkat, masih ramai rakyat negara kita yang masih tidak sedar tentang bahaya apabila merentasi negara terutamanya keluar negara yang berisiko dijangkiti virus tersebut.
Individu yang berbuat demikian adalah dianggap tidak bertanggungjawab dan degil. Mungkin ada yang sanggup pergi melancong ke luar negara dalam keadaan berisiko kerana tiket yang dibeli sudah lama jadi berasa tidak sanggup untuk menanggung kerugian tiket yang dibeli.
Bagi anda yang sudah membeli tiket sebelum ini dan terpaksa menangguh perjalanan ke luar negara, AirAsia menawarkan credit refund (bukan wang ringgit) ke dalam akaun Air Asia Big, iaitu kredit point yang boleh digunakan untuk booking flight akan datang.
Tutorial ini adalah dikongsikan oleh Fara Saila Radzuan di laman Facebooknya. Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui caranya.
Isi Kandungan
CARA DAPATKAN CREDIT REFUND AIRASIA
1. Klik Menu Dan Pilih Chat With AVA
2. Klik Pilihan Covid-19
3. Pilih National Restricted To Travel
4. Klik Credit Account
5. Klik Credit Account Lagi Sekali
6. Taip 6 Dan Submit
7. Taip Perkara Yang Berkaitan, Contohnya Dalam Gambar
8. Ikut Arahan, Masukkan Booking Number, Nama Dan Email
9. Pilih Flight Pergi Atau Balik, Taip 1 Atau 2
10. Klik di Kotak Biru Tersebut, Masukkan Nama Dan Nombor BIG ID
11. Taip Y
12. Masukkan Apa-apa Gambar, Boleh Screenshot Email
13. Tunggu Nombor Rujukan Dihantar Ke Email
14. Buka Akaun BIG AIRASIA Untuk Cek, Klik Di My Cases
15. Siap!
Bagi anda yang sanggup membatalkan perjalanan anda ke luar negara berikutan dengan wabak virus ini, anda sememangnya seorang yang bertanggungjawab. Itu adalah salah satu usaha kita sebagai seorang rakyat Malaysia bagi membantu menangani wabak Covid-19 daripada terus menular.
Walau apa pun terjadi, kesihatan kita dan keluarga dalah perkara yang perlu diutamakan. Biar rugi duit tidak apa, yang penting adalah nyawa kita serta insan tersayang selamat.