Tawaran Pembiayaan TUNS PLUS 2023 Sehingga RM15,000 Buat Usahawan Mikro
Berita baik buat usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di seluruh Negeri Sembilan. Permohonan pembiayaan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS Plus) kini dibuka kembali bermula Februari 2023. TUNS merupakan bantuan pembiayaan secara pinjaman mudah tanpa faedah berjumlah sehingga RM15,000 yang disasarkan kepada Usahawan Mikro Negeri Sembilan.
Objektif utama penubuhan TUNS PLUS ini adalah supaya lebih ramai golongan usahawan pada skala ini berjaya diwujudkan melalui bantuan pembiayaan ini.
Disamping itu juga diharapkan agar bantuan ini dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan Mikro ini melonjak ke satu aras yang lebih baik dari sebelumnya. TUNS PLUS juga secara tidak langsung dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi.
Isi Kandungan
TARIKH PERMOHONAN TUNS PLUS 2023
Permohonan TUNS PLUS 2022 dibuka sepanjang tempoh berikut:
- Bermula 1 Februari 2023
Baca juga: Permohonan Tabung Pembangunan Usahawan N.9 (TUNS) Sehingga RM3,000
SYARAT ASAS
Permohonan adalah dibuka kepada pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia
- Anak Negeri Sembilan atau pengundi di Negeri Sembilan
- Berdaftar dengan SSM
- Berstatus Mikro yang mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM300,000
- Beroperasi dan beralamat di Negeri Sembilan
- Mempunyai premis/ tapak perniagaan
- Mempunyai lesen/ permit perniagaan
- Tidak berstatus muflis
JENIS KELAYAKAN PERNIAGAAN
SEMUA jenis perniagaan adalah LAYAK memohon KECUALI:
- Perkhidmatan insurans / perkhidmatan pengangkutan / sewaan kenderaan / homestay
- Institusi kewangan / pinjaman wang
- Multi-level Marketing (MLM)
- Ejen jualan / wakil penjual / dropship
- Perniagaan nombor ramalan / minuman keras / rokok / rokok elektronik
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Salinan kad pengenalan
- Gambar Pemohon Berukuran Passport
- Salinan Lesen Perniagaan
– Atas nama pemohon atau nama rakan kongsi pemohon
– Masih sah tempoh - Salinan Perakuan Pendaftaran SSM
– Setiap helaian mestilah disahkan - Salinan Penyata Kewangan / Akaun Bank
– Penyata akaun perniagaan / syarikat pemohon atau akaun simpanan pemohon.
– Akaun mestilah milik pemohon dan mempunyai transaksi aktif yang membuktikan perniagaan pemohon beroperasi.
– Penyata yang dikeluarkan oleh bank atau penyata lengkap yang dimuat turun melalui perbankan online. (Printscreen daripada’ transaction history’ adalah tidak diterima).
– Penyata yang dikeluarkan melalui kaunter bank perlu mendapat pengesahan dan cop pegawai bank.
– Tempoh penyata hendaklah sekurang-kurangnya enam (6) bulan. - Gambar perniagaan
– Gambar yang membuktikan perniagaan yang dipohon beroperasi.
– Gambar hadapan premis.
– Gambar perniagaan yang sedang beroperasi.
– Pemohon yang beroperasi dari rumah atau secara online hendaklah memberikan screenshot Laman Web, Facebook, Instagram & Whatsapp yang boleh membuktikan perniagaan yang dijalankan. - Salinan Perjanjian Sewa
– Masih sah tempoh
– Terpakai untuk permohonan yang melibatkan modal kerja (Bil & Sewa). Perlu disertakan bersama resit asal bayaran sewa dan bil.
– Bagi pembiayaan melibatkan sektor pertanian dan penternakan, pemohon perlu melampirkan salinan geran tanah dan surat kebenaran pemilik tanah jika tanah bukan milik pemohon. - Bil Uitiliti / Resit Pembayaran
– Resit Asal (tahun semasa) perlu diserahkan sebagai bukti perbelanjaan untuk tujuan modal kerja dan bahan mentah.
– Resit hendaklah berkaitan dengan permohonan. - Sebut Harga
– Sebutharga Asal yang dikeluarkan oleh pembekal yang layak membekal berserta cop perniagaan pembekal dan mestilah atas nama / nama perniagaan pemohon.
– Setiap barang yang dipohon mestilah dinyatakan dengan jelas seperti jenama, model / spesifikasi, kuantiti dan harga (bagi tujuan semakan).
– Nama Pembekal serta maklumat pembekal mestilah lengkap. Keutamaan adalah pembekal dari Negeri Sembilan dan jika pembekal adalah dari luar Negeri Sembilan, pemohon perlu mengisi ruangan perakuan/justifikasi pemilihan pembekal tersebut.
– Barang / peralatan yang dipohon hendaklah berkaitan dengan perniagaan dan menjadi aset kepada perniagaan dan bukan stok jualan. (sertakan surat justifikasi permohonan peralatan jika perlu)
– Stok jualan adalah dikategorikan sebagai bahan mentah.
– Renovasi adalah tidak termasuk dalam pembiayaan kecuali bagi permohonan melibatkan pertanian dan penternakan.
Semua dokumen yang disediakan perlu disahkan oleh Pegawai yang layak.
(Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JPKKP/ Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri)
CARA MOHON TUNS
Usahawan yang memenuhi syarat kelayakan boleh buat permohonan secara atas talian. Lengkapkan borang permohonan yang disediakan di pautan berikut:
Penyaluran pembiayaan adalah melalui akaun milik pemohon yang layak dan pemohon perlu membuat pembelian seperti yang telah diluluskan dan menyerahkan resit asal bukti pembelian kepada urus setia dalam tempoh sebulan. Kegagalan pemohon untuk berbuat demikian akan menyebabkan pemohon di senarai hitam dari sebarang bantuan dari Kerajaan Negeri.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh hubungi:
- Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS)
PKNNS, 23-H, Jalan Zaaba,
70100 Seremban, Negeri Sembilan - Telefon : 06-761 6871
- Emel: usahawanpknns@gmail.com
- Laman web: Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan