Permohonan Tabung Pembangunan Usahawan N.9 (TUNS). Terima Pembiayaan RM3000

Kerajaan Negeri Sembilan telah mengambil langkah strategik melalui penyediaan peruntukan khas keusahawanan yang berjumlah RM6 juta bagi tahun 2020. Objektif utama penubuhan TUNS ini adalah supaya lebih ramai golongan usahawan berskala Mikro berjaya diwujudkan melalui bantuan pembiayaan ini.

Disamping itu juga diharapkan agar bantuan ini dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan Mikro ini melonjak ke satu aras yang lebih baik dari sebelumnya. TUNS juga secara tidak langsung dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi.

Semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut permohonan di perkongsian bawah.

MAKLUMAT PEMBIAYAAN

Penyaluran pembiayaan adalah secara geran berjumlah RM3,000.00 bagi setiap pemohon. Komponen pembiayaan yang boleh dipohon:

  • Pembelian Mesin dan Peralatan Perniagaan
  • Khidmat Rundingan Pembangunan Produk
  • Promosi dan Pemasaran
  • Pembelian Bahan Mentah
  • Modal Kerja

Bagi tujuan pembekalan butiran pembiayaan Khidmat Rundingan Pembangunan Produk, Pembelian Mesin dan Peralatan Perniagaan dan Promosi dan Pemasaran , pemohon perlu mengemukakan satu (1) sebut harga.

Had maksima untuk butiran pembiayaan Pembelian Bahan Mentah dan Modal Kerja adalah berjumlah RM1,000 dari jumlah keseluruhan.

Pembiayaan bagi tujuan Modal Kerja dan Bahan Mentah dibuat secara pembayaran balik (reimbursement). Pembiayaan Modal Kerja meliputi sewaan premis serta bil utiliti perniagaan.
Keutamaan pembekalan diberikan kepada pembekal atau penyedia perkhidmatan berkaitan di kalangan usahawan Negeri Sembilan atau yang berdaftar dengan PKNNS.

SYARAT KELAYAKAN

Semak syarat kelayakan pemohon yang telah ditetapkan berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Perniagaan hendaklah didaftarkan atas nama pemohon dan perlu berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777) / Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) / Sijil Amalan
  • Profesional daripada Badan-Badan Pengiktiraf dan masih sah tempoh;
  • Perniagaan beroperasi DAN beralamat di Negeri Sembilan;
  • Perniagaan memenuhi definisi Mikro; (Jualan tahunan kurang RM300,000 ATAU bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang – Sumber : SME Corp. Malaysia)
  • Perniagaan dijalankan secara sepenuh masa;

JENIS KELAYAKAN PERNIAGAAN

SEMUA jenis perniagaan adalah LAYAK memohon KECUALI:

  • Perkhidmatan insurans / perkhidmatan pengangkutan / sewaan kenderaan / homestay
  • Institusi kewangan / pinjaman wang
  • Multi-level Marketing (MLM)
  • Ejen jualan / wakil penjual / dropship
  • Perniagaan nombor ramalan / minuman keras / rokok / rokok elektronik

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Salinan kad pengenalan
  • Gambar Pemohon Berukuran Passport
  • Salinan Lesen Perniagaan
    – Atas nama pemohon atau nama rakan kongsi pemohon
    – Masih sah tempoh
  • Salinan Perakuan Pendaftaran SSM
    – Setiap helaian mestilah disahkan
  • Salinan Penyata Kewangan  / Akaun Bank
    – Penyata akaun perniagaan / syarikat pemohon atau akaun simpanan pemohon.
    – Akaun mestilah milik pemohon dan mempunyai transaksi aktif yang membuktikan perniagaan pemohon beroperasi.
    – Penyata yang dikeluarkan oleh bank atau penyata lengkap yang dimuat turun melalui perbankan online(Printscreen daripada’ transaction history’ adalah tidak diterima).
    – Penyata yang dikeluarkan melalui kaunter bank perlu mendapat pengesahan dan cop pegawai bank.
    – Tempoh penyata hendaklah sekurang-kurangnya enam (6) bulan.
  • Gambar perniagaan
    – Gambar yang membuktikan perniagaan yang dipohon beroperasi.
    – Gambar hadapan premis.
    – Gambar perniagaan yang sedang beroperasi.
    – Pemohon yang beroperasi dari rumah atau secara online hendaklah memberikan screenshot Laman Web, Facebook, Instagram & Whatsapp yang boleh membuktikan perniagaan yang dijalankan.
  • Salinan Perjanjian Sewa
    – Masih sah tempoh
    – Terpakai untuk permohonan yang melibatkan modal kerja (Bil & Sewa). Perlu disertakan bersama resit asal bayaran sewa dan bil.
    – Bagi pembiayaan melibatkan sektor pertanian dan penternakan, pemohon perlu melampirkan salinan geran tanah dan surat kebenaran pemilik tanah jika tanah bukan milik pemohon.
  • Bil Uitiliti / Resit Pembayaran
    – Resit Asal (tahun semasa) perlu diserahkan sebagai bukti perbelanjaan untuk tujuan modal kerja dan bahan mentah.
    – Resit hendaklah berkaitan dengan permohonan.
  • Sebut Harga
    – Sebutharga Asal yang dikeluarkan oleh pembekal yang layak membekal berserta cop perniagaan pembekal dan mestilah atas nama / nama perniagaan pemohon.
    – Setiap barang yang dipohon mestilah dinyatakan dengan jelas seperti jenama, model / spesifikasi, kuantiti dan harga (bagi tujuan semakan).
    – Nama Pembekal serta maklumat pembekal mestilah lengkap. Keutamaan adalah pembekal dari Negeri Sembilan dan jika pembekal adalah dari luar Negeri Sembilan, pemohon perlu mengisi ruangan perakuan/justifikasi pemilihan pembekal tersebut.
    – Barang / peralatan yang dipohon hendaklah berkaitan dengan perniagaan dan menjadi aset kepada perniagaan dan bukan stok jualan. (sertakan surat justifikasi permohonan peralatan jika perlu)
    – Stok jualan adalah dikategorikan sebagai bahan mentah.
    – Renovasi adalah tidak termasuk dalam pembiayaan kecuali bagi permohonan melibatkan pertanian dan penternakan.

Semua dokumen yang disediakan perlu disahkan oleh Pegawai yang layak.
(Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JPKKP/ Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri)

CARA MOHON TUNS

Usahawan yang memenuhi syarat kelayakan boleh buat permohonan secara atas talian. Lengkapkan borang permohonan yang disediakan di pautan berikut:

Pemohon diminta untuk isi permohonan sebelum tarikh tutup permohonan iaitu pada 11.59pm 20 September 2020 (Ahad)

Penyaluran pembiayaan adalah melalui akaun milik pemohon yang layak dan pemohon perlu membuat pembelian seperti yang telah diluluskan dan menyerahkan resit asal bukti pembelian kepada urus setia dalam tempoh sebulan. Kegagalan pemohon untuk berbuat demikian akan menyebabkan pemohon di senarai hitam dari sebarang bantuan dari Kerajaan Negeri.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh hubungi:

  • Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS)
    PKNNS, 23-H, Jalan Zaaba,
    70100 Seremban, Negeri Sembilan
  • Telefon : 06-761 6871
  • Emel: usahawanpknns@gmail.com
  • Laman web: Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma