Pendaftaran Bantuan Pembelian Barangan Keperluan RM2,500 Buat Ketua Isi Rumah
Sebanyak lebih 300 ketua isi rumah (KIR) khususnya di sekitar Gombak dan Sepang yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini sudah menerima Bantuan Pembelian Barangan keperluan sebanyak RM2,500. Penyaluran bantuan ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri melalui pejabat-pejabat pembangunan negeri.
Bantuan Pembelian Barangan Keperluan ini akan diberikan kepada semua Ketua Isi Rumah yang terjejas banjir bagi membantu meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan dan kerajaan berharap masalah ini dapat ditangani segera.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat pendaftaran.
Isi Kandungan
KADAR BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN
Ketua Isi Rumah yang terjejas banjir akan menerima Bantuan Pembelian Barangan Keperluan sebanyak:
- RM2,500
CARA DAPATKAN BANTUAN RM2,500
Untuk makluman anda, Bantuan Pembelian Barangan Keperluan ini adalah disalurkan kepada semua KIR yang menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 sebelum ini secara berperingkat.
- KIR yang sudah menerima BWI tidak perlu membuat pendaftaran semula bagi menerima bantuan ini
KAEDAH BAYARAN
Untuk makluman anda, bayaran Bantuan Pembelian Barangan Keperluan akan dibuat melalui salah satu kaedah berikut:
- Dikreditkan terus ke akaun penerima melalui pindahan dana elektronik (EFT); atau
- Secara tunai di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB); atau
- Agihan rumah ke rumah
Perdana Menteri berharap inisiatif ini dapat membantu meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan dan dapat ditangani segera supaya usaha kerajaan dapat ditumpukan kepada pemulihan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negeri pada masa akan datang.